KM terima kunjungan hormat Pengarah JIMPP baharu

Admin

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menerima kunjungan hormat Pengarah Jabatan Imigresen Pulau Pinang (JIMPP), Muhamad Husni Mahmud dekat pejabatnya di Komtar sebentar tadi.

Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng hadir bagi menyambut delegasi berkenaan.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Imigresen Pulau Pinang (Pengurusan), Muhammad Fariz Osman serta empat pegawai atasan lain.

Muhamad Husni mula menggalas amanah sebagai Pengarah JIMPP pada 26 Februari lalu bagi menggantikan Meor Hezbullah Meor Abdul Malik yang telah ditukarkan ke jawatan baru di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak.

Sempena kunjungan tersebut, beberapa isu turut menjadi topik perbualan antaranya berhubung penguatkuasaan, keselamatan serta pendatang asing tanpa izin (PATI).

Majlis diakhiri dengan pemberian cenderahati oleh Muhamad Husni kepada Kon Yeow.

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF
Gambar : ALISSALA THIAN