KN pastikan institusi intelektual tokoh ulama terus gah

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

GEORGE TOWNBagi menghargai sumbangan para ulama dalam membangkitkan kesedaran rakyat untuk p embangunan ummah , Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Islam Pulau Pinang (Y IP P ) menganjurkan Seminar Tokoh Ulama Pulau Pinang baru-baru ini di sini.

Bersempena penganjuran tersebut, tiga tokoh ulama penting di negeri Pulau Pinang iaitu Syed Sheikh al-Hadi, Tuan Guru Salleh Masri dan Tuan Guru Uthman Jalaluddin telah diketengahkan.

Ketiga-tiga tokoh tersebut aktif membangkitkan kesedaran rakyat untuk menentang pemerintahan penjajah suatu ketika dahulu.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman berkata, Kerajaan Negeri berusaha memastikan ketigatiga institusi intelektual yang diasaskan oleh tokoh-tokoh berkenaan dapat terus berdiri gah dan mampu melahirkan lebih ramai ilmuwan terbilang.

“ Institusi yang dimaksudkan ialah Madrasah Manabil ul-Ulum, Penanti (Tuan Guru Syeikh Uthman Jalaluddin), Madrasah al- Masriyah, Bukit Mertajam (Tuan Guru Salleh Masri) dan Madrasah al-Manshoor, Pulau Pinang (Syed Sheikh al-Hadi) yang masih beroperasi sehingga ke hari ini,’’ katanya pada ucaptama Seminar Tokoh Ulama Pulau Pinang yang mengetengahkan isu

‘Ulama dan Kebangkitan Rakyat’ di sini baru-baru ini. Profesor Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr. MAZA turut hadir sebagai moderator bagi sesi pengenalan seminar.

Selain itu, Profesor Madya Dr. Fadhulullah Jamil dari Universiti Sains Malaysia, Ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor dan Profesor Datuk Dr. mohammad Redzuan Othman hadir sebagai pembentang.

Mansor berkata, Kerajaan Negeri tidak pernah melupakan institusi agama rakyat yang lain dengan memperuntukkan RM1.75 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) seluruh Pulau Pinang. Malah, bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kini telah dinafikan pemberiannya oleh kerajaan terdahulu.

“Cabaran terbesar kini adalah untuk memperkasakan sistem pendidikan Islam agar lebih mantap dan mudah.

“ Melalui pendidikan sahaja kita mampu memperkasakan ummah, melalui pendidikan juga minda kita akan berfungsi,” ujar beliau.

Beliau memberitahu, Pulau Pinang memang subur dengan kegiatan intelektual memandangkan keadaan geografinya strategik dan kosmopolitan sifatnya yang menjadi daya penarik kepada percambahan bibit-bibit\ budaya berfikir.

“ Dengan adanya seminarnya begini, diharap generasi muda mampu menerap wadah yang disampaikan sebagai inspirasi menuntut ilmu,” tambah beliau.