KN sokong penuh Koperasi Tentera

SIM Tze Tzin (kiri sekali) mengadakan perbincangan dengan Lt. Kol. (B) Mohd. Nazari (kanan sekali) sambil diperhatikan S. Raveentharan (tengah) pada Majlis Hi-Tea Bersama KERABAT di sini baru-baru ini.
SIM Tze Tzin (kiri sekali) mengadakan
perbincangan dengan Lt. Kol. (B) Mohd.
Nazari (kanan sekali) sambil diperhatikan S. Raveentharan (tengah)
pada Majlis Hi-Tea Bersama KERABAT di sini baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) menyokong sepenuhnya penubuhan Koperasi Tentera supaya kebajikan pesara tentera dapat dibela dan mendapat pampasan sewajarnya daripada pihak-pihak berkenaan.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman berkata, Kerajaan Negeri PR lazimnya prihatin terhadap kebajikan bekas tentera yang telah lama diabaikan.

“Justeru, saya akan usulkan di setiap negeri PR untuk mewujudkan Koperasi Tentera ini,” katanya pada Majlis Hi-Tea Bersama Bekas Pesara Tentera (KERABAT) di sini baru-baru ini.

Turut hadir adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin.

Dalam pada itu, Tze Tzin menyatakan bahawa negara tidak akan maju tanpa bantuan angkatan tentera yang bekerja siang malam pertahankan negara. Oleh itu, kebajikan mereka wajar dijaga.

Majlis anjuran bersama Kerajaan Negeri dan Tze Tzin tersebut telah mendapat sambutan hampir 200 orang pesara tentera dari kawasan Bayan Baru dan Balik Pulau yang mengalu-alukan usaha Kerajaan Negeri untuk mengumpulkan mereka di dalam satu persatuan dan koperasi buat pertama kalinya di negeri ini.

Pada keraian tersebut, seramai 25 veteran tentera yang telah uzur, balu tentera dan pesara yang penah  bertempur telah diberikan sumbangan oleh Kerajaan Negeri.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain, ADUN Batu Maung, Abdul Malik Kassim, ADUN Batu Uban, S.Raveentharan dan Presiden KERABAT Malaysia, Lt. Kol. (B) Mohd. Nazari.