GEORGE TOWN – Projek perintis Program Sisa Sifar memalui imbasan kod QR pada bekas pengumpulan sisa yang dilancarkan di Taman Bagan Lalang dekat Butterworth bertujuan membantu Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mengumpulkan data berwajib secara pintar.
Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh berkata, pihaknya berharap kaedah pintar itu dapat menggalakkan lebih ramai daripada komuniti setempat mengambil bahagian dalam kempen anjuran bersama Pusat Sumber Alam Sekitar Taman Bagan Lalang dan MPSP.
“Pada ketika ini, hanya 174 rumah melibatkan diri dalam program sisa sifar, yang dilaksanakan sejak tahun 2010.
“Projek perintis ini, kita mula demi menggalakkan semua kira-kira 350 rumah melibatkan diri.
“Apabila ada program kempen sisa sifar sebegini, dengan guna (imbasan) kod QR, MPSP juga boleh mengutip data,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu kepada pemberita di sini pada pagi 12 Ogos 2018.
Tambah Boon Poh, ketika ini, kira-kira 60 peratus sisa yang dijana oleh komuniti setempat dihantar ke Pusat Pelupusan Sampah Pulau Burong.
Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : G. REVATIC