Kolaborasi Pusat, Kerajaan Negeri tingkatkan literasi digital rakyat diperlukan – Ketua Menteri

Admin
e2b5b8bd f017 473a a879 ad1cba12702d KETUA menteri (tiga dari kiri) diiringi Wilson Ugak Anak Kumbong (dua dari kanan) dan Syed Ibrahim Syed Noh sempat meluangkan masa melawat gerai sempena Jelajah Saya Digital Pulau Pinang di Kompleks Bukit Jambul pada 10 Mac 2024.

BAYAN LEPAS – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata bahawa pentadbirannya akan terus berganding bahu dengan Kerajaan Persekutuan demi meningkatkan literasi digital rakyat pada peringkat akar umbi di Pulau Pinang.

52dd7660 07e7 4118 8570 01dfa1bda7ea
KETUA Menteri

Beliau yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Tanah & Ekonomi dan Komunikasi berkata demikian semasa merasmikan Jelajah Saya Digital Pulau Pinang di pusat membeli-belah Kompleks Bukit Jambul (KBJ) dekat sini pada 10 Mac 2024.

“Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan perlu bersama-sama berganding bahu dalam memastikan setiap individu dan rakyat mempunyai akses sama kepada perkembangan teknologi digital.

“Ini, termasuklah usaha-usaha penyediaan infrastruktur digital yang mencukupi, memberikan latihan dan pendidikan digital kepada golongan memerlukan serta memastikan bahawa teknologi digunakan secara menyeluruh untuk kepentingan semua lapisan masyarakat,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan.

Selain itu, Kon Yeow menyatakan bahawa pentadbirannya berharap program jelajah yang dianjurkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) tersebut turut akan mengatasi jurang digital rakyat di Pulau Pinang.

95f7d644 baa1 43f9 9977 7a3ac4f7ec63
KETUA Menteri (tengah) diiringi Wilson Ugak Anak Kumbong (kiri) dan Syed Ibrahim Syed Noh (kanan) semasa acara gimik perasmian majlis berkaitan di sini tadi.
1a8f3912 8ffd 4ee5 9148 cd978f8c481e
WILSON Ugak Anak Kumbong

Berucap sebelum itu, Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong memberitahu bahawa sehingga kini, program Jelajah Saya Digital peringkat akar umbi di 55 lokasi seluruh negara telah memberi manfaat kepada seramai 20,894 rakyat.

“Saya dimaklumkan, seramai 654 warga Pulau Pinang telah mendaftar bagi program ini dan seramai 72 peserta telah dilatih dan berjaya meraih pelbagai hasil seperti menguasai kemahiran digital, mempertingkatkan jualan dan pendapatan yang lebih besar melalui aktiviti pendigitalan pemasaran dalam perniagaan mereka,” ujarnya.

f7792272 e310 48a9 8478 9b75158041eb
SYED Ibrahim Syed Noh

Turut berucap, Pengerusi MDEC, Syed Ibrahim Syed Noh.

Dalam sidang media selepas itu, Syed Ibrahim berkata bahawa MDEC dalam tahun 2024 menyasarkan untuk meraih penyertaan sehingga sejuta orang dalam kursus kemahiran digital secara percuma di seluruh negara, demi meningkatkan kebolehupayaan pendapatan isi rumah masing-masing menerusi platform digital.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS
Video : SIEW CHIA EN