Komitmen jayakan program gotong-royong

Admin

Oleh : MOHD. HAFIZ TAJUDIN

PERMATANG PAUHPenglibatan dan komitmen empat badan penganjur dan penduduk setempat telah menjayakan program gotong-royong ke arah merealisasikan misi Pulau Pinang Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat di Kubang Semang di sini baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Kubang Semang, Sungai Semambu dan Mukim 5, Siti Noriza Abu Bakar berkata, selain JKKK, Majlis Perbandaran Seberang Perai ( MPSP ) , pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Unit Amal Malaysia Kawasan Permatang Pauh dan Jawatankuasa Masjid Kubang Semang merupakan pihak yang terlibat secara langsung dalam penganjuran berkenaan.

“Kita amat berbesar hati kerana MPSP sudi menghantar kontraktor, kemudahan pemangkasan dan tong sampah untuk menjayakan program ini. Malah, inisiatif Unit Amal membekalkan tenaga kerja juga amat dihargai,’’ katanya kepada Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Datuk Mohd. Salleh Man.

Tambah Siti Noriza, aktiviti gotong-royong itu adalah melibatkan pemotongan dahan pokok, pembersihan kawasan masjid, tanah perkuburan dan kaki lima jalan.

“Aktiviti gotong-royong secara bersepadu ini merupakan kali kedua dianjurkan di sini,’’ jelasnya.

GOLONGAN wanita bekerjasama menyediakan makanan tengah hari bersempena penganjuran program gotong-royong di Kubang Semang di sini baru-baru ini.
GOLONGAN wanita bekerjasama menyediakan
makanan tengah hari bersempena penganjuran
program gotong-royong di Kubang Semang di sini
baru-baru ini.