Komitmen sedia laluan basikal diiktiraf kali kedua

Oleh: NORSHAHIDA YUSOFF

GEORGE TOWN – Komitmen Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memperbanyakkan laluan basikal di sini membolehkan pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit merangkul Anugerah Penyediaan Laluan Berbasikal Terbaik sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HBPS) Peringkat Kebangsaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan buat dua tahun berturut-turut baru-baru ini.

Dengan pengiktirafan berkenaan, ia melayakkan MPPP membawa pulang sijil penghargaan berserta wang tunai bernilai RM5,000.

Pengarah Korporatnya, Patrick Khoo berkata, anugerah tersebut merupakan pengiktirafan diterima Majlis dalam menjadikan Pulau Pinang Bersih dan Hijau dengan memperbanyakkan laluan berbasikal serta mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor bagi jarak selesa.

“Kemenangan ini merupakan satu pengiktirafan kepada semua usaha-usaha yang dilakukan MPPP.

“Ia memberikan satu impak positif dalam usaha membina dan memajukan perbandaran yang lebih hijau dan selamat dihuni,” ujarnya pada satu sidang akhbar di Dewan Bandaran, Padang Kota Lama di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Kejuruteraan, Addnan Mohd. Razali dan Timbalan Pengarah Perancangan Pembangunan, Roslan Ramly.

Menurut Patrick, dengan tema ‘Bandar Hijau, Komuniti Bahagia’, fokus telah diberikan kepada peranan perancang sesebuah bandar bagi mengaplikasikan dan memperkasakan teknologi hijau dalam merancang perbandaran.

“Terdapat lima kategori pelaksanaan inisiatif kejiranan hijau dipertandingkan termasuk penyediaan laluan basikal, penyediaan laluan
pejalan kaki, pengumpulan dan penggunaan semula air hujan, pengkomposan sisa dan kebun kejiranan,” ujarnya.

P A T R I C K Khoo ( k i r i s e k a l i ) b e r s a m a A d d n a n Mohd. Razali (tengah) dan Roslan Ramly menunjukkan s i j i l penghargaan A n u g e r a h Penyediaan L a l u a n Berba s i k a l Terbaik HBPS p e r i n g k a t kebangsaan yang diterima baru-baru ini.
P A T R I C K
Khoo ( k i r i
s e k a l i )
b e r s a m a
A d d n a n
Mohd. Razali
(tengah) dan
Roslan Ramly
menunjukkan
s i j i l
penghargaan
A n u g e r a h
Penyediaan
L a l u a n
Berba s i k a l
Terbaik HBPS
p e r i n g k a t
kebangsaan
yang diterima
baru-baru ini.