Komuniti lokal diharap jayakan operasi bersepadu ‘lawan’ denggi, Chikungunya, kata ADUN

Admin

GEORGE TOWN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng berharap agar komuniti lokal dapat memberi kerjasama dalam menjayakan Operasi Bersepadu Kawalan Peningkatan Demam Denggi dan Chikungunya.

Beliau berkata, operasi yang dijanjurkan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) itu dilaksanakan bermula pada 16 hingga 29 Julai 2020.

“KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) pun kata cara paling berkesan untuk ‘lawan’ wabak denggi dan Chikungunya adalah dengan menghapuskan tempat pembiakan (nyamuk betina Aedes Albopictus atau Aedes Aegypti) seperti air dalam bekas yang bertakung dan sebagainya.

“Saya berharap penduduk di sekitar kawasan ini dapat memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memutuskan gejala (pembiakan nyamuk) yang membawa kepada demam denggi dan Chikungunya ini,” jelasnya yang juga Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri di perkarangan Armenian Park di sini sebentar tadi.

TEH Lai Heng (tengah) Bernama-Sama Wong Yuee Harng dan G. Khartik dalam sidang media di perkarangan Armenian Park di sini pada awal pagi tadi.

 

 

ANTARA gambar arkib MBPP yang dikongsi oleh Rafi Sharma Mohd. Nor Manoharan dengan Buletin Mutiara, mengenai seorang kakitangan PBT berkenaan dalam operasi bersepadu di Jalan Macalluum baru-baru ini  memegang sampel air bertakung yang mengandungi jentik-jentik.

Ahli Majli bagi MBPP, Wong Yuee Harng; Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Perlesesan MBPP, Rafi Sharma Mohd. Nor Manoharan selaku pengelola operasi bersepadu pada kali ini serta beberapa anggota Inspektor Kesihatan dari jabatan berkenaan turut sertai sidang media tersebut.

Sebelum itu, jurucakap Jabatan Kesihatan Persekitan Perlesan, G. Khartik memberitahu bahawa operasi bersepadu pada kali ini dilaksanakan atas saranan daripada Datuk Bandar MBPP, Dato’ Ar. Yew Tung Seang sendiri.

“Tujuan kami (MBPP) menganjurkan program ini adalah untuk menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk ini.

“Sebanyak 14 lokaliti telah dikenal pasti dan setiap hari kami (MBPP) akan memilih satu lokaiiti sahaja, seperti hari ini operasi bersepadu di KADUN Komtar,” jelasnya sambil memberitahu bahawa operasi bersepadun ini dijadual berakhir 29 Julai ini.

KEMPEN penerangan dan kesedaran dengan menggunakan kenderaan khas MBPP turut dilakukan secara agresif, serentak dengan operasi bersepadu PBT di peringkat KADUN Komtar.
BEBERAPA kakitangan pembersihan persekitaran MBPP sedang membersihkan parit tertutup di Jalan Kampung Malabar di sini.

Kemudiannya, pemberita Buletin Mutiara turut menyertai jeraya wara (road show) operasi bersepadu di Jalan Kampung Malabar yang diketuai Inspektor Kesihatan MBPP, C. Pandian di sini.

 

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI & DARWINA MOHD. DAUD