Kon Yeow harap projek LRA di bawah PAAB jamin bekalan air masa depan

Admin
a2bcf6aa 1e2c 4ff2 94ac 6af2f410b042

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berharap dua projek loji rawatan air melibatkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Muda dan LRA Sungai Perai di bawah Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dapat menjamin bekalan air di Pulau Pinang untuk masa depan.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat delegasi PAAB  yang diketuai oleh Pengerusinya, Dato’ Seri Ir. Jaseni Maidinsa di Komtar pagi ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PAAB, Ir. Zulkifli Omar; Ketua Pegawai Kewangan PAAB, Zaleha Abdul Hamid serta barisan pegawai lain.

Usai pertemuan, Zulkifli memberitahu bahawa dua projek yang bernilai RM1 bilion itu kini berada pada peringkat kajian oleh perunding terlibat.

Difahamkan, LRA Sungai Muda mampu memproses kira-kira 114 juta liter air sehari (JLH) apabila beroperasi kelak. Manakala LRA Sungai Perai pula sebanyak 136 JLH yang mana kedua-dua projek berkenaan dijangka bermula pada tahun 2026 nanti.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : MUHAMAD AMIR IRSYAD OMAR