Kon Yeow rakam penghargaan PDC, Mutiara Food Bank agih sumbangan sempena sambutan Tahun Baru Cina

Admin
KETUA Menteri menyampaikan sumbangan bantuan berupa barangan asasi dapur dalam majlis berkaitan di sini pada 8 Januari 2023.

BUKIT TAMBUN – Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dengan kerjasama Mutiara Food Bank pada petang ini menyampaikan sumbangan barangan asas dapur kepada 200 penerima terpilih sekitar kawasan Bandar Batu Kawan.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow semasa berucap berkata bahawa pihaknya berharap sumbangan itu sedikit sebanyak akan membantu pada penerima yang terdiri daripada pelbagai kaum membuat persiapan sempena menyambut Tahun Baru Cina yang kian kunjung tiba.

KETUA Menteri

Berdasarkan Visi Penang2030, kata Ahli Parlimen Batu Kawan itu lagi, Kerajaan Negeri hari ini akan terus membela nasib golongan terpilih bawahan di samping memacu pembangunan negeri mengikut suara hati rakyat teramai.

“Jadi, apa yang telah dilakukan oleh Mutiara Food Bank dan PDC, saya percaya akan membawa sedikit manfaat kepada penerima-penerima.

“Semoga, sedikit bantuan berupa barangan asas dapur ini dapat membantu ringankan tanggungan keluarga khusus menjelang perayaan Tahun Baru Cina,” jelasnya yang juga Exco Pembangunan Tanah & Ekonomi dan Komunikasi di Ruang Legar Galeri PDC Batu Kawan dekat Bandar Cassia di sini pada 8 Januari 2023.

Dalam perkembangan lain, Kon Yeow yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota turut merakamkan penghargaan kepada PDC selaku syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri kerana bakal melancarkan projek pemajuan sebuah pasar awam di sini pada Jumaat minggu depan.

AZIZ Bakar

Ketua Pegawai Eksekutif PDC, Dato’ Aziz Bakar turut berucap dalam majlis tersebut. Hadir sama, ADUN Bukit Tambun, Goh Choon Aik dan Timbalan Ketua Pegawai Operasi Mutiara Food Bank, Jasniza Jamaluddin.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : SITI NURATIKAH RAHMAT
Video : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI