GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Pembangunan, Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Zairi Mat Ali di pejabatnya.
Turut sama, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Fizikal, Seksyen Projek Khas, Mohd. Hidzir Al-Rashid Mahmood; Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Menteri, Mohd. Balkish Othman dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Lau Keng Ee.
Antara yang dibincangkan pada pertemuan berkaitan adalah mengenai aspek pemantauan dan kemas kini tahap pemajuan projek-projek pembangunan di bawah Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang, ICU JPM.
Selain itu, isu-isu projek pembangunan terkini dan isu-isu tempatan semasa turut dibangkitkan termasuk perancangan serta peruntukan bagi tahun 2025 membabitkan pelbagai projek pembangunan dari kementerian serta agensi berkaitan.
Usai pertemuan, Kon Yeow menzahirkan ucapan tahniah atas pelantikan Zairi sebagai Pengarah Pembangunan baharu berkuat kuasa 14 Oktober lepas.
Difahamkan, Zairi sebelum ini berkhidmat di Kementerian Kesihatan di Putrajaya.
Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI
Gambar : ALISSALA THIAN