Kongsi pengalaman bersama PWDC

Oleh: MARIEL BENICIA-LUZ NONIS, Pelatih di PWDC

PADA usia 15 tahun, saya mulai sedar bahawa diri saya sebenarnya kekurangan semangat patriotisme terhadap tanah airini, Malaysia. Ketika itu, saya sedang berbincang dengan beberapa orang kenalan tentang beberapa hal semasa, dan tiba-tiba salah seorang daripada kami bertanya “Kalau setiap orang meninggalkan Malaysia, siapakah yang akan menerajui negara ini dan membangun masa depannya?”. Soalan tersebut berasa sangat asing kepada saya, yang lahir dalam keluarga kelas menengah yang kebanyakannya merancang masa depan dengan berfikiran – belajar ke peringkat tinggi dan kemudian menetap di luar negara. Setelah melalui beberapa keadaan yang mencelikkan minda kebelakangan ini, penukaran arus pemikiran serta setahun berada di luar negara belajar di bidang undang-undang, saya telah berpeluang untuk kembali ke Pulau Pinang untuk cuti musim panas 2013. Saya juga telah berpeluang untuk menjadi pelatih, bersama Perbadanan Wanita Pulau Pinang (PWDC).

“Macam mana kamu dapat peluang latihan seperti ini?” merupakan salah satu soalan yang diajukan kepada saya oleh rakan-rakan. Saya hanya senyum memikirkan kembali betapa mudahnya saya mendapat peluang tersebut. Ianya bermula daripada iklan melalui Facebook, diikuti dengan surat permohonan dan beberapa orang “bos” yang memberi peluang keemasan ini kepada saya. Peminat Facebook! jika anda peka terhadap penggunaan Facebook, anda juga boleh mendapat peluang yang sama untuk menghabiskan cuti anda di KOMTAR.

Berada di PWDC merupakan sebuah pengalaman yang sangat berharga. Ini adalah kerana saya bekerja dalam kalangan satu kelompok yang sungguh berdedikasi dan yang bertungkus lumus bekerja setiap hari untuk kepentingan negara, namun sungguh menghargai sumbangan kita berbanding dengan apa yang mereka lakukan . Asasnya, program dan kegiatan PWDC berfokuskan kepada Kepimpinan dan Pemerkasaan Wanita, Bajet Responsif

“Saya telah melihat sendiri bagaimana Pulau Pinang dibangun dengan dedikasi oleh para ahli politik serta titik peluh dan usaha dari ramai lagi kakitangan dari pelbagai peringkat yang bekerja di KOMTAR ini.”

Gender, dan Dasar Gender dan Advokasi. Ketiga-tiga bidang ini mempunyai program, polisi dan aktiviti masing-masing. Latihan sambil belajar yang singkat seperti ini tidak akan dapat memberi pendedahan yang mendalam berkenaan dengan proses menggubal dasar dan undang-undang, tetapi anda akan terlibat dalam proses perancangan dan persediaan untuk program-program yang dijadualkan; pendedahan ini sudah memadai untuk mendapat gambaran yang jelas. Saya berasa sungguh bertuah diberi peluang untuk melihat dengan kacamata sendiri cara pentadbiran Kerajaan Negeri melalui pelatihan ini, dari usaha yang dibuat oleh ahli-ahli politik sehingga cara pelaksanaannya di peringkat akar-umbi dan masyarakat  tempatan.

Semasa di PWDC, saya telah melihat sendiri bagaimana Pulau Pinang dibangun dengan dedikasi oleh para ahli politik serta titik peluh dan usaha dari ramai lagi kakitangan dari pelbagai peringkat yang bekerja di KOMTAR ini.”. Saya juga dapati bahawa pembangunan di Pulau Pinang bukan hanya kata-kata manis dan janji dalam manifesto. Ianya lebih daripada itu, di mana ia adalah melalui titik-peluh dan pengorbanan setiap orang, sama seperti pengorbanan seorang ibu yang hanya memikirkan kebajikan keluarganya.

KOMTAR penuh dengan para kakitangan dari pelbagai peringkat yang senantiasa menghadiri satu mesyauarat ke mesyuarat yang lain, bekerja sehingga lewat petang di pejabat dengan bantuan bercawan-cawan kopi untuk memastikan kesegaran diri – senario yang biasa saya lihat di pejabat PWDC sendiri. Kebanyakan kakitangan PWDC bekerja juga pada hujung minggu, menganjurkan seminar dan aktiviti kemasyarakatan.

Begitulah rutin kakitangan PWDC, dan kakitangan jabatan lain yang saya lihat. Mereka adalah kaki dan tangan ahli-ahli politik untuk menjalankan tugas supaya janji-janji mereka kepada rakyat ditepati. Pada mulanya saya telah diminta untuk berkongsi pengalaman saya sepanjang latihan saya ini tetapi saya mengambil keputusan untuk berkongsi pemerhatian saya yang menunjukkan semangat dan dedikasi tinggi kakitangan PWDC dalam melaksanakan komitmen mereka terhadap Negara, khususnya negeri Pulau Pinang serta masyarakatnya.

Saya mengesyorkan agar para belia diluar sana mengambil peluang latihan seperti ini untuk mengenali system kerajaan negeri dengan lebih dekat dan berpeluang untuk berada disamping orang yang bervisi untuk Malaysia, untuk Pulau Pinang yang lebih hebat. Sungguh menyentuh hati, apabila kita menyedari bahawa segala-galanya yang kita lakukan walaupun sumbangan yang kecil boleh menjadi sebahagian daripada satu usaha besar dan memberikan kesan kepada rakyat dan masyarakat. Terima kasih kepada PWDC kerana memberi peluang dan pengalaman yang sungguh berharga ini kepada saya.

Tawaran latihan belajar ( internship): PWDC ingin menawarkan peluang kepada individu yang berminat untuk latihan belajar di PWDC. Tawaran latihan ini adalah untuk jangkamasa minima selama 8 minggu dan pemohon sekurang-kurangnya sudah menamatkan tahun pertama di kolej atau universiti. Pemohon yang berminat, boleh memohon secara bertulis bersama dengan sesalinan resume ke info@pwdc.org.my. Untuk maklumat lanjut berkenann PWDC, sila layari laman web di www.pwdc.org.my.