Konsep Hari Muzium Antarabangsa tarik 200,000 pengunjung, mampu diketengah peringkat negeri

Admin
bce311d5 bbd6 4824 82ac ca8e40a68d13

 

BUAT julung kalinya semenjak Hari Muzium Antarabangsa (HMA) yang dimulakan sejak tahun 1997, Pulau Pinang tampil sebagai tuan rumah buat kali pertama.

 

 

Difahamkan, lebih 38 pempamer terlibat pada HMA 2024 kali ke-28 ini dengan menampilkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang dua minggu pameran berlangsung.

Sambutan diterima oleh masyarakat setempat juga begitu baik kerana sebelum ini tidak pernah ada acara yang mengetengahkan muzium seumpama ini.

Untuk itu, penulis Buletin Mutiara, WATAWA NATAF ZULKIFLI dan jurugambar, SIEW CHIA EN sempat mengadakan tinjauan di lokasi pameran dekat Dewan Sri Pinang.

img 7952

Jurucakap Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang (LMNPP), NOR FATIN AMANINA NORDIN ketika ditemui berkata, setakat ini kira-kira 200,000 orang pengunjung direkodkan menghadiri FMA 2024.

“Penganjuran FMA 2024 sudah bermula sejak 12 Mei lalu hingga 22 Mei ini bermula jam 10 pagi hingga 10 malam melibatkan 38 pameran daripada pelbagai negeri.

ad5e4f43 89cd 4485 8ed8 3477244dcbb8

“Satu muzium dari Singapura dan Kalimantan turut mengambil bahagian pada HMA kali ini selain Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Telekom Malaysia (TM), Natural History Museum, Jabatan Penjara Malaysia dan banyak lagi,” ujar beliau membuka bicara.

Lebih unik lagi apabila HMA 2024 turut memperkenalkan aplikasi HMA 2024 dalam memudahkan orang ramai mendaftar dan menyemak butiran acara.

Fatin Amanina dalam pada itu mengibaratkan kesemua pempamer terlibat disatukan di bawah satu bumbung sebagai satu muzium yang lengkap untuk tatapan orang ramai.

Ditanya mengenai acara hampir sama yang boleh dianjurkan sendiri oleh LMNPP, beliau tidak menolak idea sedemikian.

2592a993 9b30 4fc9 b16e a56e707d73b5

“Boleh dipertimbangkan untuk buat hari terbuka muzium seperti HMA 2024 ini sebab Pulau Pinang memang ada banyak muzium seperti makanan, (muzium) perang dan pelbagai lagi.

“Dengan menyatukan semua di bawah satu bumbung akan membuka peluang kepada orang ramai untuk tahu lebih lanjut tentang kestimewaan muzium-muzium terlibat.

“Sebab selama ini kita mungkin anggap muzium-muzium ini hanya untuk pelancong sebaliknya ia beri manfaat dan pengetahuan kepada kita sebagai penduduk tempatan di negeri ini,” jelas beliau lagi.

0becabeb cce1 4854 b7d1 bd98efc085a9

Antara pendekatan diambil LMNPP adalah menganjurkan ‘Speed Dating’ yang mana para pelajar sekolah perlu mengumpulkan maklumat sebayak mungkin di lokasi pempamer khas dengan lebih lanjut dan teliti untuk mengetahui peranan masing-masing mengenai muzium.

Tidak ketinggalan, HMA turut membawa aktiviti lain seperti teater, bengkel, seminar dan perkhidmatan berkaitan yang diperlukan sepanjang pameran berlangsung.

“Selain pameran, HMA mengediakan khidmat gunting rambut, jahit baju dan seterika baju sebab kita nak tekankan satu pusat sehenti.

“Contohnya Sabah dan Sarawak yang agak sibuk tidak sempat untuk seterika baju, jadi perkhidmatan ditawarkan juga mampu menjana ekonomi kepada orang ramai,” jelasnya merangkap Pegawai Perhubungan Awam LMNPP.

img 7954
Vendor Speed Dating, FATIN FAZLINA YAAKOB berpendapat, HMA merupakan inisiatif baik yang dilaksanakan oleh LMNPP.

“Kita ambil contoh belia yang kebanyakannya menggunakan media sahaja, jadi dengan adanya penganjuran mengenai sejarah dan pameran seperti ini secara fizikal akan ada pendedahan, memberikan pengalaman serta pembelajaran baharu yang mungkin tidak pernah dilihat sebelum ini,” maklum beliau ketika sedang menyiapkan hiasan di HMA pagi tadi.

img 7966ZACKHI AHMAD SURI yang juga petugas HMA merakamkan tahniah kepada LMNPP kerana berjaya menganjurkan HMA 2024.

“Apa yang berlaku di sini unik kerana turut melibatkan pihak sekolah untuk memberikan penerangan tentang perkara-perkara baharu kepada pelajar mereka.

“Kadang-kadang kita yang sudah dewasa pun tidak tahu maklumat mengenai muzium di negeri kita serta muzium-muzium yang terdapat di Malaysia,” ulasnya kepada Buletin Mutiara.

59897008 4acb 42d6 9c77 980f4bb4a091Sementara itu, wakil dari Muzium Alam Semulajadi, Kuala Lumpur, MOHD HASNOOR TAJUL AMAR berpendapat bahawa HMA memberi peluang untuk menonjolkan kewujudan organisasinya.

“Hari ini acara Speed Dating ini telah membuka peluang terutamanya kepada para pelajar mengenai haiwan yang berdepan dengan ancaman kepupusan, yang sudah pupus dan kepentingan flora serta fauna.

“Selain itu, ia juga mampu memberikan kesedaran mengenai kepentingan biodiversiti negara dan menjaga alam sekitar bukan sahaja kepada manusia tetapi juga hidupan sejagat,” katanya.