Konsert Muzikal ‘Ku Boleh Ku Gemilang’ tampil bakat seni OKU, beri inspirasi

photo 2024 12 21 17 05 48 (1)

GEORGE TOWN – Walaupun berstatus orang kurang upaya (OKU), ia tidak menghalang 20 peserta Konsert Muzikal ‘Ku Boleh Ku Cemerlang’ memberi persembahan menakjubkan dan menghiburkan hadirin yang datang.

photo 2024 12 21 17 05 48 (3)

Isteri kepada Ketua Menteri, YABhg. Puan Tan Lean Kee berkata, stigma segelintir masyarakat terhadap kebolehan dan keupayaan OKU harus dikikis.
 
 
 
Hal ini menurutnya, OKU juga merupakan insan yang mempunyai impian dan buah fikiran untuk disuarakan dan didengari.
 
 
 
“Segelintir masyarakat kita juga lebih memikirkan tentang kesusahan yang dilalui oleh insan-insan istimewa ini.
 
 
 
“Sebaliknya kita lupa akan kelebihan dan bakat yang dikurniakan kepada mereka.
 
 
 
“Mereka juga mempunyai impian, kreativiti dan idea untuk ditonjolkan kepada umum.
 
 
 
“Misalnya mereka yang akan menghiburkan kita, mereka ini juga sebenarnya memberi inspirasi kepada kita dalam menempuhi cabaran kehidupan.
 
 
 
“(Mereka juga) mengajar kita untuk menerokai potensi di sebalik kekurangan ada,” ujarnya yang juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Wanita Mutiara Pulau Pinang.

photo 2024 12 21 17 05 49 (3)

Sementara itu, Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Lim Siew Khim ketika berucap berkata, kebolehan para peserta menyanyi dan bermain alat muzik adalah setaraf insan biasa.
 
 
 
“Kejayaan (penganjuran) konsert ini menunjukkan bahawa mereka ini mempunyai sifat daya tahan, kegigihan belajar, berbakat dan cemerlang sama seperti insan normal yang lain.
 
photo 2024 12 21 17 05 49 (2)
 
“Bagi saya, kekurangan mereka sebenarnya memberikan kita inspirasi untuk menjadi lebih kuat, memahami dan menerima dalam keadaan yang inklusif seterusnya menjadi inspirasi kepada kita semua,” ujarnya pada Konsert Muzikal ‘Ku Boleh Ku Gemilang’ dekat Komtar pada 21 Disember 2024.
 
 
 
Pengasas Creativity at Heart, Priscilla Ho dan Penasihat Ibu Bapa di National Family Support Group for Children and People with Special Needs, Alvin Teoh antara yang turut serta dalam konsert tersebut.
photo 2024 12 21 17 05 48 (2)
 
 
Konsert Muzikal ‘Ku Boleh Ku Cemerlang’ menampilkan bakat seni muzik berstatus OKU, antaranya Ernest Teoh Zhan Feng (biola); Alan Cheah Quek Lim (piano dan nyanyian); Ong Chong Kai (biola); Neoh Khai Juin (gitar); Eason Choy Yu Shen (piano); Justin Choy Kin Siang (piano); Cedric Low Zheng Feng (drum) dan kumpulan koir.
 
 
 
Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI
Gambar : SIEW CHIA EN