Konvoi motosikal Ketua Menteri jejak anak kariah Masjid Jamek Kebun Sireh terpilih

3b7ec74e 3a14 4b93 820f f46c2fcda8eb KONVOI motosikal Ketua Menteri menjejaki anak kariah Masjid Jamek Kebun Sireh terpilih untuk acara pemberian sumbangan bantuan Ramadan di sini pada 23 Mac 2025.

BUKIT TENGAH – Masuk hari ke-22 Ramadan, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow meneruskan jelajahnya dengan menaiki motosikal bersama-sama puluhan anak kariah Masjid Jamek Kebun Sireh bagi menyampaikan sumbangan bantuan kepada golongan terpilih.

c5b45810 3d3a 4d4a 9bfb efe6e9ce86df
KETUA Menteri membonceng motosikal Ab. Halim Ab. Hamid semasa konvoi motosikal di sini pada petang tadi.
44ad7f0d 0ad9 4fb9 b237 a048ce8fcc63
KETUA Menteri menyampaikan sumbangan bantuan Ramadan kepada salah seorang anak kariah Masjid Jamek Kebun Sireh terpilih, sambil disaksikan oleh Kamarul Haizal Koderat (kiri) di sini tadi.

Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, Lau Keng Ee; Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Dato’ Kamarul Haizal Koderat; Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Rachel Teh Chuann Yien; Pegawai Penerangan Bahagian Penerangan Kerajaan Negeri, Pejabat Ketua Menteri, Zahar Zainul; Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek Kebun Sireh, Ab. Halim Ab. Hamid dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kebun Sireh, Shamsudin Saat turut sertai acara konvoi motosikal tersebut.

Difahamkan, penganjuran sebentar tadi adalah acara yang ketujuh di bawah Program Gebyar Ramadan anjuran khas Pejabat Ketua Menteri saban tahun.

7000981b 5079 40bd a3a9 6924fbcc6a22
KETUA Menteri dan Kamarul Haizal Koderat merakamkan kenangan gambar bersama-sama barisan pegawai masjid dan ahli jawatankuasa (AJK) kariah Masjid Jamek Kebun Sireh.
abac837f f42f 4281 b021 4cad69217a65
KETUA Menteri turut meluangkan masa menyertai majlis berbuka puasa dengan sajian makan bertalam di anjung Masjid Jamek Kebun Sireh.

Kon Yeow bersama-sama pemimpin lain turut meluangkan masa menyertai majlis berbuka puasa dengan hidangan bertalam di anjung masjid berkenaan.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Kon Yeow yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi menyatakan bahawa pihaknya mengambil maklum isu struktur bumbung masjid yang kian uzur diratah dek anai-anai serta perlu segera diganti baharu.

4bf3cf27 a427 45b5 829b 22875207f018
KETUA Menteri (tengah) dengan diiringi Kamarul Haizal Koderat (kiri) diberi taklimat ringkas oleh Ab. Halim Ab. Hamid mengenai tiga cadangan projek infrastruktur yang diperlukan sekalian anak kariah Masjid Jamek Kebun Sireh ketika ini.

Selain itu, beliau turut diberi taklimat berhubung cadangan projek memperbesar kawasan tanah perkuburan orang Islam di kampung berkenaan.

“Pada ketika ini, saya difahamkan pihak masjid sudah memulakan suatu kutipan dana bagi tujuan memperbaiki bumbung masjid berusia lebih 100 tahun… ia memerlukan kerja naik taraf dengan segera sebab isu keselamatan.

955980b1 01e6 41bb bc61 1139b82fca0a
KETUA Menteri

“Kini, pihak pentadbir masjid juga berusaha memperluas kawasan kubur (orang Islam) yang berada dalam kampung ini (yang mana kedua-dua projek tersebut) dianggarkan memerlukan dana RM1.5 juta.

“Pihak Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah (SPT) akan meneliti (kedua-dua) perkara ini yang mana kita berharap boleh juga memberi sumbangan (untuk menampung) sebahagian kos projek infrastruktur tersebut,” jelasnya yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota di sini pada 23 Mac 2025.

Di samping itu, Kon Yeow memberitahu bahawa pihaknya akan berbincang lanjut dengan pihak Kamarul Haizal mengenai cadangan memperluas kawasan parkir Masjid Jamek Kebun Sireh, termasuk syor membina baharu atau memindahkan sebuah unit kediaman dari tanah berstatus wakaf tersebut di sini.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD
Video : SITI NURATIKAH RAHMAT