KPM, Pulau Pinang perhalusi projek pembangunan bakat TVET – Fadhlina

Admin
3b55aa77 9b7d 48d9 b62e 0359e84b80a1 FADHLINA Sidek, Jagdeep Singh Deo bersama-sama beberapa ADUN, wakil agensi negeri dan pemain utama industri merakamkan gambar kenangan seusai perbincangan berkaitan usaha meningkatkan mutu kebolehpasaran pelajar lepasan TVET, di Komtar pada petang tadi.

GEORGE TOWN – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan memperhalusi pelaksanaan program pembangunan dan bakat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasiobal (TVET) menerusi jawatankuasa kerja masing-masing supaya lebih prakmatik serta memenuhi permintaan sektor perindustrian dari semasa ke semasa.

1178ecc0 6227 48a8 9a9f 364d52a478a1
FADHLINA Sidek memberi penjelasan isu berkaitan dalam sidang media bersama-sama Jagdeep Singh Deo (kanan) di pejabat Timbalan Ketua Menteri II, Komtar pada 21 April 2025.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata demikian selepas mengadakan lawatan serta perbincangan lanjut bersama-sama Timbalan Ketua Menteri II, Jagdeep Singh Deo di Komtar pada 21 April 2025.

“Saya melihat bahawa program pembangunan dan bakat TVET yang dibincangkan sebentar tadi akan diperhalusi melalui jawatankuasa kerja pada peringkat masing-masing (iaitu KPM dan Kerajaan Negeri); akan menjadikan hala tuju TVET dan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) khususnya lebih prakmatik untuk masa hadapan,” jelasnya yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal.

Di samping itu, beliau berkata bahawa pihaknya percaya Pulau Pinang akan menjadi negeri peneraju dalam memasarkan tenaga kerja lepasan TVET yang berkualiti kelak kerana mempunyai hubungan begitu erat dengan para pemain industri negeri.

Dalam perkembangan berkaitan, Fadhlina turut memberitahu bahawa tahap pelaksanaan projek penaiktarafan lima buah Sekolah Menengah Vokasional (SMV) di negeri Pulau Pinang sebagai langkah memartabat TVET.

Menurutnya, projek menaik taraf Kolej Vokasional (KV) Batu Lancang; KV Balik Pulau dan KV Seberang Perai masing-masing telah siap serta diserahkan pada 6 Januari lepas, 14 Disember 2021 dan 9 Januari 2025.

Projek menaik taraf KV Buttterworth pula, menurutnya, ketika ini masih pada peringkat kelulusan reka bentuk.

“Projek menaik taraf KV Butterworth (Hospitaliti) telah dimasukkan dalam Rolling Plan Pertama (RP1) bagi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13), sementara (projek penaiktarafan) KV Nibong Tebal telah bermula pada 21 April 2025 (hari ini),” jelasnya lagi.

Pada 15 Julai 2024, Fadhlina mengumumkan sebanyak 80 buah SMV akan dinaik taraf kepada KV dalam usaha memartabatkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : ALISSALA THIAN