Kucing comel curi tumpuan Agrofest 2014

Admin

COMEL… Penganjuran Agrofest Pulau Pinang 2014 baru-baru ini dimeriahkan dengan Pertandingan Kucing yang diadakan bersempena Kempen Kebajikan Haiwan Kesayangan anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri di sini.

Antara kategori yang dipertandingkan adalah Rumah Kucing Cantik, Kucing Berbulu Pendek Tercantik, Kucing Berbulu Panjang Tercantik, Fesyen Kucing Tercantik dan Kategori Khas.

Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin turut hadir bersama isteri untuk melihat sendiri 100 ekor kucing-kucing yang dipamerkan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi setiap kategori pertandingan.

Pemenang bagi setiap kategori membawa pulang sijil penyertaan dan hadiah berupa aksesori dan makanan kucing yang ditaja khas syarikat Eureka, Best in Show dan Maxima Foods Marketing.