Kuih simpul kasih Zainab cermin kasih keluarganya

Admin

Oleh : YAP LEE YING

Gambar : IDZHAM AHMAD

RUPA bentuk kuih simpul kasih.
RUPA bentuk kuih simpul kasih.

KASIH seorang ibu kepada lima cahaya mata mencari rezeki demi keluarga tercinta amat disanjung Buletin Mutiara (BM) yang mengadakan pertemuan ringkas dengan usahawan berjaya, Zainab Burhan, 54.

Umumnya, pertemuan tersebut diatur bertujuan merungkai kejayaan Zainab berkecimpung dalam bidang pemprosesan makanan membabitkan penghasilan produk makanan mini karipap, simpul kasih dan mini popia sejak tahun 2008.

Walaupun bersifat pemalu, Zainab merupakan seorang yang ramah dan lemah lembut perwatakannya.

ZAINAB Burhan.
ZAINAB Burhan.

Ketika BM berkunjung ke kilang beliau di Taman Kuala Muda, Penaga, Seberang Perai Utara (SPU), Zainab dan anak sulungnya begitu asyik menyimpul kuih simpul kasih yang lazimnya dipasarkan di pasaraya-pasaraya besar seperti Jusco, Teso dan Carrefour di negeri ini dan juga Alor Star, Kedah.

Bercerita dengan lebih lanjut, Zainab menyatakan bahawa perniagaan dijalankan beliau adalah perusahaan keluarga yang mana ia adalah hasil pertolongan serta sokongan suami serta anak-anaknya.

Malah, resipi serunding bagi kuih simpul kasih juga merupakan resipi keturunan ibunya sendiri.

Saya ambil masa selama lima tahun untuk betul-betul memahiri teknik menghasilkan serunding kualiti dan sedap.

Proses pengeringan merupakan faktor terpenting dalam pembuatan serunding, kalu tak, serunding akan jadi berkulat,” katanya yang mula memahiri pembuatan produk terbabit sejak berusia 15 tahun atas dasar minat.

 ANAK Zainab Burhan yang banyak membantu dalam penghasilan produk.
ANAK Zainab Burhan yang banyak membantu dalam penghasilan produk.

Menurut Zainab, sebelum terlibat secara langsung dalam perusahaan diusahakan kini, beliau hanya menjual produk serunding di pasaran tempatan.

Hasil daripada dorongan rakan-rakan, kakak pi kursus belajar buat produk baru, simpul kasih.

Mula-mula, produk dijual kecil-kecilan di sini. Lepas tuh, nampak ada perkembangan dan dapat lebih banyak pendapatan, maka, kakak teruskan hingga kini,” jelas beliau.

Ketika ditanya mengenai cabaran perniagaan, Zainab kelihatan redha dengan nasib dirinya.

Daripada lima anak, tiga anak kakak adalah OKU (orang kurang upaya). Seorang telah meninggal masa berusia tujuh tahun. Malah, yang sulung, kesan kemalangan baru-baru ini turut membantutkan pergerakannya. Suami pula ada darah tinggi dan tidak boleh buat kerja berat.

Dengan keadaan camni, memang kakak putus asa. Tapi, sebab azam kuat dan juga permintaan produk yang tak putus-putus mendorong kakak teruskan,” ujar Zainab.

BUNGKUSAN produk simpul kasih.
BUNGKUSAN produk simpul kasih.

Berlandaskan faktor-faktor tersebut, pengeluaran produk Zainab sedikit terjejas sehingga tidak dapat memenuhi permintaan pasaran-pasaran besar kini.

Kalau tak sempat, kakak terpaksa tolak order. Kadang-kala, kakak takut nak angkat handphone sebab tak nak kecewakan pelanggan.

Tapi, apa boleh buat sebab tak cukup tangan,” rintihnya.

Kini, dengan bantuan dua pembantu, anak sulung dan Zainab sendiri, jumlah produk harian yang dihasilkan hanya mampu mencecah 10 kilogram sekiranya proses pembuatan dimulakan seawal pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Bagi perancangan masa depan, Zainab berharap untuk memperkembangkan perniagaannya ke seluruh negara dengan bantuan modal daripada pihak-pihak berkenaan dan juga menambah bilangan pekerja sedia ada.

TEKNIK pembuatan kuih simpul kasih.
TEKNIK pembuatan kuih simpul kasih.

Walaupun pelbagai cabaran terpaksa dihadapi, kakak akan teruskan kerana minat dan juga ‘sokongan’ daripada para pelanggan, rakan-rakan dan keluarga,” kata Zainab sambil tersenyum.

INFO :

SERBANEKA TEGUH ENTERPRISE

Gerai No. 6, Taman Kuala Muda, Penaga, SPU.

No. Tel. : 04 – 575 6484 atau 017 – 421 3685