GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow hari ini menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang (JASPP) di pejabat beliau dekat Komtar.
Kunjungan delegasi empat wakil jabatan berkaitan yang diketuai Pengarah JASPP, Rusnani Abdullah, berlangsung selama kira-kira 15 minit. Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Kanan JASPP, Abdul Aziz Parmin.
Dalam pertemuan berkenaan, antara yang dibincangkan adalah kerjasama di antara pihak JASPP dan Kerajaan Negeri terutamanya pada aspek pembangunan dan isu-isu pencemaran.
Menurut Rusnani, polisi Kerajaan Persekutuan yang kini di bawah pemerintahan baru dan Kerajaan Negeri adalah perlu seiring terutamanya membabitkan isu-isu kompleks iaitu pembangunan serta alam sekitar.
Kon Yeow dalam pada itu, sebagai respons turut bersetuju dan menzahirkan komitmen untuk menjalinkan kerjasama bagi mencapai matlamat dan perubahan paradigma terhadap aspek-aspek berkaitan.
Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF
Gambar : DARWINA MOHD. DAUD