Kunjungan hormat perkenalan TSUK, inisiatif baharu dan kos pengurusan jadi intipati perbincangan

Admin
whatsapp image 2024 02 29 at 08.48.40

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow pagi ini menerima kunjungan hormat perkenalan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Abdul Kahar Abdullah yang baharu dilantik berkuat kuasa 19 Februari lalu.

Semasa kunjungan sulung tersebut, Kon Yeow menzahirkan perkembangan semasa negeri antaranya mengenai bajet, inisiatif baharu dan kos pengurusan yang meningkat.

Selain itu, turut dibangkitkan adalah mengenai peruntukan dan projek daripada Kerajaan Persekutuan terhadap negeri Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Kon Yeow turut mengambil kesempatan mengucapkan ucapan tahniah dan selamat menjalankan tugas di Pulau Pinang kepada Abdul Kahar.

whatsapp image 2024 02 29 at 08.48.37
ABDUL Kahar Abdullah.

Telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam sejak tahun 1996, Abdul Kahar sebelum ini bertugas di Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Putrajaya.

Beliau juga pernah berkhidmat di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Menteri, Muhamad Azrai Mohamad Zaini turut serta dalam pertemuan itu.

 

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI
Gambar : NURATIKAH RAHMAT