Kurang 20 peratus daftar PeKa B40 di Pulau Pinang, masih rendah – Pengarah Hospital Pulau Pinang

Admin
4a285a17 73fd 4f69 999f 7ee13e03d678 Gooi (third from right), accompanied by Dr Goh (third from left) and Penang Hospital administrative staff members, at the launch of the Social Work Carnival and 'Rahmah' Sale.

GEORGE TOWN – Di Pulau Pinang sehingga kini, kurang 20 peratus rakyat daripada kelompok isi rumah berpendapatan 40 peratus paling rendah (B40) yang datang membuat saringan serta pemeriksaan kesihatan berwajib, telah mendaftarkan diri di bawah Skim Peduli Kesihatan Kumpulan B40 (PeKa B40).

Pengarah Hospital Pulau Pinang (HPP), Dr. Goh Hin Kwang berkata demikian dalam sidang media bersama-sama Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen usai Majlis Perasmian Karnival Hari Kerja Sosial 2024 dan Jualan Rahmah HPP di sini pada 26 April 2024.

ff14f731 b386 4774 9893 9d56ac0e04e9
SERENTAK pada majlis sama, Daniel Gooi Zi Sen (kanan) turut menyampaikan plak sumbangan bantuan kelengkapan perubatan di bawah Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM), kepada salah seorang penerima di sini menjelang tengah hari tadi.

“Kurang daripada 20 peratus sahaja rakyat kita yang layak di bawah skim ini (PeKa B40) mendaftar untuk mendapatkan saringan (pemeriksaan) kesihatan.

“Individu perlu membuat saringan kesihatan di klinik-klinik swasta ataupun klinik-klinik kerajaan, untuk layak (mendapatkan) perlindungan di bawah skim ini dan saringan kesihatan itu adalah percuma.

“Daftar (PeKa B40), selepas saringan kesihatan selesai, secara automatik setiap pesakit akan layak mendapatkan bantuan peralatan perubatan sehingga nilai RM20,000.

“Sekiranya tidak bernasib baik dan disahkan sakit kanser akan mendapat bantuan dari segi pengangkutan – yuran pengangkutan untuk mendapatkan rawatan, dan RM1,000 jika sempurna mendapatkan rawatan.

“Jadi, semua bentuk bantuan ini, saya rasa masyarakat di Pulau Pinang kena tahu dan memanfaatkan sepenuhnya sistem ini,” jelasnya sambil mengharapkan pihak berwajib membuat penambahbaikan demi meningkatkan bilangan pendaftaran rakyat di bawah skim pelindungan kesihatan yang diwujudkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tersebut.

Sekiranya mereka adalah penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), menurutnya lagi, sepatutnya mereka layak untuk mendapatkan manfaat di bawah skim pelindungan PeKa B40 jika telah mendaftarkan diri dalam sesawang berkaitan.

“Hanya memasukkan nombor kad pengenalan sahaja (dalam sesawang https://bms.pekab40.com.my/), sudah boleh tahu sama ada kita layak atau tidak layak.

“Kurang daripada 20 peratus daripada rakyat Pulau Pinang yang layak (mendapatkan manfaat PeKa B40), sudah tampil ke depan bagi melaksanakan pemeriksaan kesihatan,” jelasnya sambil memberitahu bahawa tujuan pengenalan PeKa B40 antara lain untuk menggalakkan rakyat dalam kelompok B40 senantiasa membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala.

d376c9f4 ffe4 4b70 86ea 28411446ea65
NOR Faridah Zaidi

Bercakap dalam sidang media yang sama, Pegawai Pembangunan Masyarakat di Jabatan Kerja Sosial Perubahan HPP, Nor Faridah Zaidi memberitahu bahawa ketika ini jabatan berkenaan memang menghadapi kekangan sumber tenaga manusia bagi memenuhi permintaan pelanggan semasa yang kian meningkat.

“Di HPP sendiri ada lima orang pegawai dan seorang penolong pegawai, maka sebenarnya di HPP sendiri mengalami kekurangan pegawai.

“(Di Pulau Pinang,) semua hospital memang ada pegawai (Jabatan Kerja Sosial Perubatan) kecuali Hospital Balik Pulau sahaja (yang mana) kami akan cuba mendapatkan (penempatan) pegawai (Jabatan Kerja Sosial Perubatan) di sana juga.

“Sebenarnya Jabatan Kerja Sosial Perubatan memberi bantuan praktik dan khidmat sokongan kepada pesakit-pesakit yang mengalami psikososial (iaitu) kurang mampu dari segi kewangan, kehidupan; dan juga ada masalah-masalah sosial seperti mereka yang mengalami penderaan, keganasan rumah tangga dan sebagainya.

“Apabila mendapatkan rawatan di HPP umpamanya, mereka boleh sahaja tampil bagi mendapatkan perkhidmatan kami di Jabatan Kerja Sosial Perubatan,” katanya lagi.

b8fab907 abf0 4183 8400 01862c9c0392
DANIEL Gooi Zi Sen

Sebelum pada itu, Zi Sen yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang berkata pihaknya berharap penganjuran Karnival Hari Kerja Sosial 2024 dan Jualan Rahmah yang julung-julung kalinya diadakan di HPP bukan sahaja dapat mempromosi Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM) kepada rakyat, malah sekali gus memperkenalkan bentuk perkhidmatan yang ditawarkan Jabatan Kerja Sosial Perubahan di kebanyakan hospital dan klinik kesihatan kerajaan selama ini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Kesihatan di Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), Dr. Shameni Sunasundram.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI