Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI
BANDAR PERDA – Bagi memberi kesedaran kepada orang ramai akan wujudnya peranan jabatan ketua pengarah pejabat galian dan tanah dalam menguruskan tuntutan pembahagian pusaka kecil, satu program khas telah diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di sini baru-baru ini.
Majlis hasil kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Komuniti (JKKK) Simpang Empat serta JKKK Permatang Batu dihadiri oleh penduduk kampung, imam, pengerusi dan setiausaha JKKK kawasan Seberang Perai Tengah.
Umumnya, penganjuran tersebut adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya mempercepatkan tuntutan pusaka kecil di samping mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapi oleh orang ramai dalam penyelesaian pusaka kecil secara lebih dekat dan khusus.