Lampu hiasan Deepavali angkat semangat muhibah Seri Delima

4c215c27 f9be 48cf 8446 d6c38d27a5fc

SERI DELIMA – Kurang daripada sebulan, masyarakat beragama Hindu akan menyambult Hari Deepavali atau sinonim dengan pesta cahaya.

Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Connie Tan Hooi Peng mengambil inisiatif menceriakan sebahagian Jalan Masjid Negeri (hadapan jejantas Shell) dengan hiasan lampu bertemakan perayaan itu sepanjang 600 meter.

f65da835 5ed5 4382 8002 d7811eafb57d

“Ini merupakan projek kerjasama dengan DS Asia Group yang menelan kos RM40,000 dan dibiayai oleh pihak syarikat terbabit termasuk di Jalan Yeap Chor Ee.

img 3265

“Lampu hiasan di sini sememangnya mengangkat semangat muhibah, perpaduan dan kebersamaan semua kaum di DUN Seri Delima yang mana setiap perayaan kita akan hias jalan di sini,” ujar Hooi Peng ketika melawat kerja-kerja pemasangan lampu tersebut petang tadi.

0446c083 45b9 4602 9a46 71f757d79949

Beliau berharap sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat dinikmati oleh pengguna jalan raya yang melalui Jalan Masjid Negeri.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : SITI NURATIKAH RAHMAT