Lampu menara penghantaran monopole TNB mampu jadi tarikan pelancongan baharu

whatsapp image 2025 01 02 at 14.50.23

GEORGE TOWN – Pemasangan lampu berwarna-warni pada menara penghantaran monopole oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terletak bersebelahan Jambatan Pulau Pinang mampu menjadi tarikan pelancongan baharu di negeri ini.

Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Pembangunan Digital, Zairil Khir Johari memberitahu bahawa lampu-lampu tersebut akan dinyalakan pada setiap malam dari jam 7 malam sehingga 4 pagi.

“Semasa projek ini hendak dijalankan, Kerajaan Negeri meminta agar lampu pada tiang penghantaran monopole milik TNB ini dinyalakan untuk menjadikannya satu daya tarikan baharu di negeri ini.

“Tidak ada perbincangan khusus mengenai warna-warna yang perlu dinyalakan dan ia akan ditentukan oleh pihak TNB sendiri,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri oleh Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow dekat Komtar di sini sebentar tadi.

img 2467Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Dato’ Mohd. Zakuan Zakaria; Setiausaha Sulit Kanan Pejabat Ketua Menteri, Mohd. Balkish Othman dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Law Keng Ee.

Difahamkan, cahaya lampu berwarna-warni itu mula dinyalakan sempena sambutan tahun baru pada detik 12 tengah malam pada 1 Januari lalu.

Kombinasi lampu berwarna biru, kuning dan putih adalah simbolik kepada warna bendera Pulau Pinang antara 200 warna yang dipancarkan pada 31 tiang menara penghantara monopole sepanjang 8.5 kilometer (km) itu.

Projek yang menelan kos kira-kira RM500 juta itu mula beroperasi pada 22 Disember 2024 dan menghubungkan pencawang masuk utama (PMU) stesen janakuasa (SJ) Perai ke PMU The Light di Pulau Pinang.

Ia dilaksana bagi memastikan kapasiti sistem bekalan sedia ada tidak terjejas apabila satu-satunya stesen janakuasa di pulau iaitu SJ Gelugor dengan kapasiti penjanaan 300 megawatt (MW).

Oleh : SUNARTI YUSOFF
Gambar : MUHAMAD AMIR IRSYAD OMAR