Lantai rumah ibu tunggal siap dibaiki

Admin
ROSIDI Hussain (kanan sekali) bersama sukarelawan-sukarelawan lain membantu menyiapkan lantai rumah seorang ibu tunggal di Kampung Padang di sini baru-baru ini.
ROSIDI Hussain (kanan sekali) bersama sukarelawan-sukarelawan lain membantu menyiapkan lantai
rumah seorang ibu tunggal di Kampung Padang di sini baru-baru ini.

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI

PENAGAHasil berkat dan komitmen Pegawai Penyelaras kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Penaga dan pasukan gerak kerjanya, lantai kediaman seorang ibu tunggal yang rendah sehingga menyebabkan air hujan mengalir masuk berjaya disiapkan di Kampung Padang di sini baru-baru ini.

PPK Penaga, Rosidi Hussain berkata, kejayaan menyiapkan lantai tersebut adalah hasil inisiatif bersama Skuad Prihatin dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Lahar Kepar, Unit Amal dan pasukan gerak kerja pejabatnya sendiri.

“Melalui program ziarah mingguan, kita telah mengenalpasti sebuah rumah seorang ibu tunggal yang memerlukan bantuan segera memandangkan lantai rumahnya rendah dan sering dilanda banjir.

“Air dari jalan utama mengalir masuk terus ke dalam rumah ibu tunggal berkenaan dan merosakkan peralatan dan perabot kediamannya.

“Alhamdulillah, dengan bantuan pejabat PPK, Skuad Prihatin, Unit Amal dan JKKK Lahar Kepar, kita berjaya membantu ibu  tunggal berkenaan dan insyaAllah kita akan cuba bantu lebih ramai lagi mereka yang memerlukan bantuan,” ujar Rosidi lagi.

Tambahnya, seawal jam 8 pagi, seramai 30 penduduk kampung hadir bagi membantu melancarkan aktiviti gotong-royong tersebut.