Lantikan 11 PPK beri manfaat menyeluruh ke kawasan tumpuan, kata Ketua Menteri

Admin
d4627983 4090 4550 95c9 13b3ba1c4f15 11 Pegawai Penyelaras Kadun (PPK) Sesi Tahun 2024 yang baru melafazkan ikrar terimaan jawatan masing-masing, merakam gambar bersama-sama di Komtar pada petang tadi (20 Mac 2024).

GEORGE TOWN – Pelantikan 11 Pegawai Penyelaras KADUN (PPK) bagi sesi tahun 2024 diharap akan memberi manfaat kepada rakyat secara menyeluruh khasnya di Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) yang kini dikuasai parti pembangkang Pulau Pinang.

a8db6503 ffbc 4bae b11d e468fc65696e
KETUA Menteri

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Ikrar Terimaan Jawatan PPK di di sini pada 20 Mac 2024.

“Sebagaimana diulas oleh Y.A.B. Perdana Menteri, Kerajaan Perpaduan tidak pernah menafikan perancangan pembangunan membabitkan kawasan-kawasan atau negeri-negeri pembangkang di bawah beliau.

“Dengan ini, Kerajaan Negeri lazimnya adalah sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan terutamanya dalam memastikan rakyat di kawasan-kawasan berkaitan kekal dalam kedudukan baik dan selesa.

“Justeru, saya berharap segala program yang direncanakan kelak oleh PPK akan memberi manfaat kepada rakyat secara menyeluruh tanpa mengira perbezaan agama, bangsa serta pegangan politik khasnya di kawasan-kawasan yang kini dikuasai parti pembangkang,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan.

Di samping itu, Kon Yeow yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Tanah & Ekonomi dan Komunikasi menyatakan bahawa pihaknya berharap sekalian 11 PPK yang baru dilantik dapat memberi kerjasama berwajib memandangkan penyeliaan dan pengurusan gerak kerja berkaitan mereka diserahkan kepada Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid.

21f376e5 c10d 40a0 b087 f0f5fc69fd61
MOHAMAD Abdul Hamid

Mohamad yang juga Exco Pembangunan Agama Islam, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masyarakat turut berucap sebelum pada itu.

Hadir sama, Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Lim Siew Khim; Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen dan Exco Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi, Fahmi Zainol.

Acara lafaz ikrar diketuai oleh Dato’ Dr. Ir Shaik Hussein Mydin.

Berikut adalah senarai nama 11 PPK Sesi Tahun 2024;

(i) Muhasdey Muhamad (PPK Pinang Tunggal)

(ii) Ahmad Abdullah (PPK Teluk Ayer Twar)

(iii) Mohamad Salehan Jahaya (PPK Penanti)

(iv) Fayyadh Afiq Albakqry Jaafar Sidek (PPK Seberang Jaya)

(v) Muttaqeen Mustafa (PPK Sungai Bakap)

(vi) Ahmad Razaaim Azimi (PPK Pulau Betong)

(vii) Muhammad Hamdi Md Noor (PPK Permatang Pasir)

(viii) Mohd Naim Salleh (PPK Penaga)

(ix) Nor Hafizah Othman (PPK Permatang Berangan)

(x) Dato’ Dr. Ir Shaik Hussein Mydin (PPK Sungai Dua)

(xi) Ahmad Zaki Shah Shah Headan (PPK Teluk Bahang)

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD
Video : LAW SUUN TING