Laporan Audit Negara 2011 – Lembaga Muzium capai prestasi 3 bintang

Admin

GEORGE TOWN – Laporan Ketua Audit Negara 2011 melaporkan bahawa Tahap Prestasi Pengurusan Kewangan berdasarkan indeks akauntabiliti Muzium Negeri Pulau Pinang adalah baik di mana jumlah markah keseluruhan adalah 76.97 peratus.

Pemarkahan tersebut merupakan peningkatan sebanyak 16.47 peratus berbanding pengauditan sebelumnya pada tahun 2008.

Dalam pada itu, tahap prestasi pengurusan kewangan bagi Lembaga Muzium menunjukkan peningkatan prestasi bagi ‘Star Rating’ di mana pada tahun 2008 adalah 2 bintang iaitu pada tahap memuaskan dan 2011 (3 bintang, baik).

Laporan pengauditan yang dijalankan pada Jun hingga September 2011 pada keseluruhannya mendapati prestasi pengurusan koleksi dan artifak sejarah Lembaga Muzium adalah memuaskan. Sungguhpun begitu, terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan dari aspek pematuhan manual dan prosedur kualiti seperti perolehan, pendaftaran dan penyimpanan.

Kenyataan tersebut dinyatakan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng ketika hadir pada Majlis Perasmian Permanent Collection Of The Penang State Art Gallery di Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Muzium Negeri, Wong Hon Wai, Naib Pengerusi Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr. Tan Chee Khuan dan Kurator Muzium & Balai Seni Lukis, Haryany Mohamad.

Guan Eng menambah, berdasarkan statistik yang dikeluarkan Lembaga Muzium, pihak Audit mendapati berlaku peningkatan jumlah kehadiran pengunjung ke Muzium Negeri pada setiap tahun iaitu 55,747 orang pada tahun 2009 kepada 65,951 orang (2011).

“Kehadiran pengunjung ke Balai Seni Lukis juga mengalami peningkatan daripada 6,691 orang kepada 11,554 orang (2011),’’ jelas beliau.

Sementara itu, bersempena pelancaran galeri tersebut, Guan Eng mengucapkan tahniah kepada Balai Seni Lukis negeri yang berjaya mempamerkan 578 hasil seni yang dikumpul sejak 47 tahun lalu.

SALAH seorang anggota perhidmatan awam bergambar kenang-kenangan dengan lukisan bertajuk, A Pair Of Hornbills bersempena Majlis Perasmian Permanent Collection Of The Penang State Art Gallery di Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang di sini baru-baru ini.
SALAH seorang anggota perhidmatan awam bergambar kenang-kenangan dengan lukisan bertajuk,
A Pair Of Hornbills bersempena Majlis Perasmian Permanent Collection Of The Penang State Art
Gallery di Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang di sini baru-baru ini.