MENGUJI KETAHANAN… Bagi peminat sukan yang ingin menguji ketahanan fizikal serta mental dialu-alukan untuk menyertai Larian Menara Komtar 2013 yang bakal diadakan pada 1 September (Ahad) depan.
Acara tersebut bakal dimulakan seawal jam 6 hingga 11.30 pagi dengan jarak sejauh 1.84 kilometer (km) bermula dari Lebuh Teck Soon (hadapan Maybank Jalan Penang) melalui Jalan Penang, Jalan Lim Chwee Leong, Jalan Mc Nair dan Jalan Magazine.
Acara kemuncak adalah para peserta perlu menaiki tangga dan berlari menaiki menara Komtar setinggi 60 tingkat sebagai penamat perlumbaan.
Penganjuran tahunan kali kelima berkenaan bakal mengekalkan tujuh kategori utama penyertaan iaitu Lelaki Antarabangsa, Lelaki Terbuka, Wanita Terbuka,Junior dan Girls,Boys Junior, Veteran Lelaki dan Veteran Wanita.
Yuran penyertaan adalah di antara RM15 dan RM35 mengikut kategori penyertaan masing-masing. Tempoh pendaftaran adalah dibuka kepada orang ramai sehingga 4 Ogos ini. Pada masa sama, pendaftaran juga boleh dibuat menerusi www.komtartowerrun.com.my bermula pada 15 Jun ini.