ERAT… Lawatan Gabenor Victoria, Yang Mulia Alex Chernov bersama isterinya ke Pulau Pinang bakal membuka lembaran baru pelaburan negeri Pulau Pinang.
Menurut Alex Chernov, persamaan perindustrian di antara Pulau Pinang dan Victoria di Australia iaitu pembuatan berteknologi tinggi, aeroangkasa dan automotif dapat menyediakan asas bagi kerjasama antara kedua-dua negeri pada masa hadapan.
Beliau telah berada di Malaysia selama dua hari bagi menghadiri “Chinese World Economic Forum” di Kuala Lumpur dan telah berkunjung ke negeri ini atas jemputan Ketua Menteri.