AIR ITAM – Kira-kira lebih 100 pemilik motosikal jenama Honda terpilih terdiri daripada golongan B40 hari ini berpeluang menikmati servis percuma di Kampung Melayu.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Joseph Ng Soon Siang, perkhidmatan tersebut merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Boon Siew Honda yang dikoordinasikan oleh pejabatnya.
“Bantuan CSR pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini bolehlah dianggap sebagai bantuan kepada rakyat terutamanya golongan B40.
“Pendaftaran kita buka pada Ahad lepas (28 Jun), dalam dua hari sahaja 80 slot tersebut telah penuh, namun hari ini kami masih benarkan pendaftaran secara terus 20 ke 30 pemilik berkelayakan bergantung kepada masa servis motosikal.
“Servis penuh hari ini yang ditawarkan adalah penukaran minyak enjin, rantai dan sprocket, palam pencucuh serta bateri dan jumlah keseluruhan penukaran satu set tersebut adalah bernilai RM200. Secara keseluruhan kira-kir RM16,000,” ujar beliau kepada pemberita pagi ini.
Hadir sama, Penghulu bagi kawasan Air Itam, Nasrizal Nasib dan Pengurus Besar Pemasaran dan Khidmad Selepas Jualan Boon Siew Honda Sdn. Bhd., Kohei Yukawa.
Mengulas lanjut, Soon Siang berharap jenama-jenama motosikal lain juga dapat melaksanakan CSR seperti ini dalam meringankan bebas golongan berpendapatan rendah.
Yukawa bercakap kepada pemberita memberitahu sekiranya jam 9 pagi hingga 6 petang tidak mencukupi, penunggang motosikal akan diberi baucar untuk mendapatkan perkhidmatan di pusat servis Honda terpilih.
Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI
Gambar : LAW SUUN TING