Lebih 100 penjaja Pasar Awam Sungai Ara jalani saringan percuma

PAYA TERUBUNG – Lebih 100 penjaja dan pekerja di Pasar Awam Sungai Ara menjalani ujian saringan COVID-19 secara percuma dekat Dewan Pagar Buluh dekat Sungai Ara di sini semalam.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Sungai Ara, Yong June Siang memberitahu bahawa program saringan tersebut dijalan susulan beberapa kes positif COVID-19 telah dikesan di pasar awam berkenaan.

Para penjaja dan peniaga Pasar Awam Taman sungai Ara beratur untuk jalani ujian saringan dekat Dewan Pagar Buluh di sini semalam.

“Pasar Awam Taman Sungai Ara kini terpaksa ditutup selama lima hari selepas sekurang-kurangnya lima kes positif telah dikesan dalam kalangan penjaja dan pekerja di pasar berkenaan.

“Sususlan daripada itu, kita (MPKK) mengambil tindakan segera dengan menjalankan ujian saringan menggunakan RTK-Antigen khusus untuk penjaja dan pekerja bermula jam 5 petang hingga jam 8 malam.

“Terima kasih diucapkan kepada Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow kerana telah memberikan bantuan kewangan berjumlah RM10,000 untuk membantu menjayakan program ini.

“Kita sangat hargai keprihatinan Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri dalam usaha memutuskan penularan pandemik COVID-19 di negeri ini,” katanya kepada Buletin ketika dihubungi.

Oleh : SUNARTI YUSOFF

Gambar : MPKK