Lebih 1,000 peserta dijangka sertai Charity Run / Walk For Children Cancer 2025 pada 18 Mei ini

whatsapp image 2025 03 13 at 12.34.45

GEORGE TOWN – LEBIH daripada 1,000 peserta dijangka mengambil bahagian dalam penganjuran program Charity Run / Walk For Children Cancer 2025 yang dijadualkan berlangsung dekat Lebuh Pantai pada 18 Mei ini.

Dengan matlamat untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit kanser dalam kalangan kanak-kanak, program larian sejauh 5 kilometer (km) itu akan berlangsung di tengah-tengah bandar raya George Town dalam tempoh dua bulan dari sekarang.

Bercakap kepada Buletin Mutiara, Pengerusi Stay Fit Is Sunnah, Ahmad Faisal Mohd. Lazim berkata program tersebut akan bermula dari jam 7 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

whatsapp image 2025 03 13 at 12.34.44

“Perkara paling penting adalah para peserta digalakkan untuk berjalan dan berlari kerana kami memahami bahawa sesetengah peserta mungkin tidak mempunyai keupayaan untuk berlari sejauh 5km.

“Justeru, kami menganjurkan acara berjalan dan lari ini dengan harapan untuk menggalakkan orang ramai datang bersama-sama keluarga dan rakan masing-masing.

“Selain acara larian dan berjalan, turut akan diadakan adalah pemeriksaan kesihatan percuma, kerana ini merupakan sebahagian usaha kami untuk mempromosikan gaya hidup sihat,” katanya lagi.

Faizal menjangkakan lebih 1,000 perserta akan menyertai acara ini kerana mereka turut berpeluang untuk berjalan-jalan dan menikmati keindahan bandar raya George Town.

“Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow juga dijangka hadir bersama dengan barisan tetamu kehormat yang lain,” katanya.

Faisal menekankan bahawa mereka yang mendaftar lebih awal sebelum tarikh tutup pada 15 Mac, mereka berpeluang mendapatkan harga lebih murah iaitu RM35 (kemeja-T lengan pendek) dan RM37 (kemeja-T lengan panjang).

Harga pendaftaran sebenar adalah RM40 (kemeja-T lengan pendek) danRM42 (kemeja-T lengan panjang), dengan pendaftaran perlu dibuat pada 15 April ini

Kemeja-T boleh diambil pada 3 hingga 4 Mei ini dekat Persatuan Hidayatul Islam.

Semua peserta yang mendaftar akan diberikan sehelai kemeja-T percuma, sarapan pagi serta layak untuk menyertai acara cabutan bertuah.

Layari https://howei.com/event_details/charitywalkrunforchildrencancer untuk mendaftar.

Maklumat lebih lanjut, sila hubungi 012-450 1099 (Coach Faisal), atau 019-557 4476 (Cik Syafiqah).

 

Oleh : SUNARTI YUSOFF