ACARA TERBESAR… Setelah tertangguh hampir dua tahun tidak diadakan acara jalan ria, baru-baru ini berlangsungnya acara Glo-Walk 7.0 di Taman Bandaraya (Taman Belia) yang berjaya menarik lebih 3,000 orang peserta, sekali gus menjadikan ia acara terbesar setelah negara diisytiharkan ke fasa peralihan endemik 1 April lepas.
Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy ketika ditemui menzahirkan penghargaan kepada Tech Dome Penang (TDP) kerana telah berjaya menjadikan Glo-Walk satu acara tahunan di samping mengumpul dana.
Beliau yakin bahawa TDP akan terus memainkan peranan dalam memupuk minat generasi muda khususnya pelajar dalam bidang sains demi masa depan Pulau Pinang yang lebih baik. Apatah lagi, katanya, Pulau Pinang memerlukan ‘bekalan’ tenaga kerja mahir dan pakar dalam menggerakkan pembangunan serta industri di negeri ini.
Terdahulu, Ramasamy hadir menyempurnakan cara Glo-Walk yang memerlukan peserta berjalan kaki sejauh 5 kilometer.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Chris Lee Chun Kit; ADUN Kebun Bunga, Jason Ong Khan Leedan wakil-wakil dari TDP.
Teks & Gambar : WATAWA NATAF ZULKIFLI