Lebih 330 terima Anugerah Pelajar Cemerlang SPM, STPM

Admin
9a9f67ab 205e 469c 9dd0 e62f819ce74b MOHAMAD Abdul Hamid (empat dari kiri) diiringi beberapa pemimpin lain menyampaikan sijil Anugerah Pelajar Terbaik kepada salah seorang penerima di Dewan Sri Pinang di sini pada 19 November 2024.

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri hari ini menyampaikan sijil penghargaan Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan wang saguhati sebanyak RM500 kepada 251 penerima.

Seramai lima orang pelajar lain turut menerima sijil penghargaan dan plak Anugerah Pelajar Terbaik (Pelajar Khas) Cemerlang serta wang saguhati sebanyak RM 500.

ea44249c 3dc7 4042 a04c 23e9cdb452f4
MOHAMAD Abdul Hamid

Serentak pada majlis sama sama, Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid turut menyerahkan sijil penghargaan Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2023 kepada 79 penerima atas kejayaan memperoleh keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0.

“Hari ini juga, kita ada seramai 15 pelajar yang akan menerima sijil penghargaan dan plak Anugerah Pelajar Terbaik mengikut kaum serta wang saguhati sebanyak RM1,000, manakala lima pelajar akan menerima sijil penghargaan dan plak Anugerah Pelajar Terbaik
Pelajar Istimewa (Khas) serta wang saguhati sebanyak RM 1,000.

“Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan taniah dan syabas kepada semua pelajar dan sekolah yang akan memperolehi anugerah dari Kerajaan Negeri dalam majlis ini,” jelasnya mewakili Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow dalam majlis berkaitan di sini pada 19 November 2024.

Sehubungan itu. Mohamad yang juga Exco Pembangunan Agama Islam, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masyarakat menyeru sekalian pelajar cemerlang berkenaan supaya memohon bantuan kewangan pendidikan negeri seperti biasiswa Penang Future Foundation (PFF), Bantuan Pendaftaran Masuk ke IPT (iBITA), Skim Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang, dan Skim Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang.

Turut berucap, Timbalan Ketua Menteri II, Jagdeep Singh Deo yang juga Exco Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi.

Hadir sama, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen; Exco Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi, Fahmi Zainol; Exco Perumahan dan Alam Sekitar, Dato’ Seri S. Sundarajoo; dan Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Wan Sajiri Wan Hassan.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : MUHAMAD AMIR IRSYAD OMAR