Lebih 90 peratus model feri ikonik sama, perlu kreatif dan sabar  

1c077106 0c9a 45e2 8e48 88a23b7466b3

 

SEJAK tahun 2006, ratusan replika hasil tangan individu bernama CHEW BEE LEONG, 68 tahun berjaya dihasilkan demi minat dan hobinya yang tersendiri.

 

Menurut Bee Leong, sepanjang menghasilkan karya demi merealisasikan minta tersebut, beliau sebenarnya tidak pernah mendapatkan kelas atau mempelajari ilmu rekaan tersebut secara formal.

 

“Semuanya dihasilkan sendiri hasil buah fikiran saya, memang bukan senang, sebaliknya memerlukan kesabaran yang tinggi serta kreatif kerana ada replika yang memerlukan sampai berbulan-bulan untuk disiapkan.

 

“Pada tahun 2006, saya mencipta lampu meja dan replika Piala Dunia dengan saiz yang sama (ukuran kasar 14 inci) dan beberapa lagi model yang sama,” ujar Bee Leong ketika ditemui wartawan Buletin Mutiara, WATAWA NATAF ZULKIFLI dan jurugambar, ALISSALA THIAN dekat perumahan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di Lebuh Ah Quee, George Town.

c6b432b2 1dda 48c2 b62d 410d3ab67134

Paling mencuri tumpuan adalah replika feri ikonik Pulau Pinang yang mana lebih 90 peratus rekaan tersebut sama dengan reka bentuk asal feri tersebut.

 

Tidak cukup dengan itu, kelengkapan bahagian pelantar, bilik kapten, ruangan kemudi, pintu, tangga dan lain-lain juga hampir sama dengan feri asal termasuk hiasan model kereta mainan yang dicat semula.

img 3661 

“Feri ini dihasilkan pada tahun 2021 bermula bulan Mac dan siap sepenuhnya menjelang hujung tahun.

067e5c84 3388 40d0 81c8 f824269e28fe

“Saya telah menghabiskan masa berjam-jam untuk meninjau feri sahaja, berkali-kali naik motosikal, ambil gambar di setiap sudut dan balik semula ke George Town.

 

“Naik feri, turun di Butterworth, minum kopi, kira-kira hampir dua atau tiga jam baru ada feri untuk balik ke pulau, sebab masa itu ada PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), jadi perjalanan feri pun terhad,” maklum beliau yang pernah bekerja sebagai juruteknik penyelenggaraan di gimnasium.

 

Bee Leong berkata cabaran menghasilkan sesebuah replika sudah pastinya tertumpu kepada bahagian-bahagian yang sangat halus.

 

Katanya, dianggarkan dalam sehari, empat hingga lima jam digunakan beliau untuk menghasilkan sesuatu replika.

 

“Sebab perkara ini perlu bermain dengan idea dan kreativiti, kalau sukar untuk dibuat, saya akan rehat dan cari idea.

1c80e237 caed 4c3c 9b8c 2e600decb98a

“Contohnya replika-replika dalam botol, semua cantuman itu diakukan di dalam botol tersebut menggunakan peralatan yang telah saya ubah suai.

 

“Apabila idea dan ilham datang barulah saya akan sambung semula kerja-kerja tersebut,” jelas anak kelahiran George Town itu lagi.

Bercakap mengenai jualan, buat masa ini Bee Leong belum melihat ke aras tersebut walaupun sedar ia mampu mendatangkan hasil yang lumayan.

 

Beliau lebih selesa membuat replika-replika tersebut sebagai hobi dan memenuhi masa lapangnya.

 

“Susah kalau nak jual, untuk lakukan kerja macam ini, tidak boleh kerja bawah tekanan, ada masa buat, kena fikir panjang, bila melibatkan pelanggan dia akan tanya berapa lama boleh siap.

 

“Itu antara cabaran yang sukar untuk saya penuhi, takut nanti tidak memenuhi cita rasa pelanggan.

 

“Lagi pun ingin beli hasil ini seperti ingin ‘beli otak’ saya jugalah, ia bukan beli hasil semata-mata, sebab saya sudah curahkan kreativiti, idea, banyak masa terbuang untuk hasilkan satu-satu replika,” ulasnya yang turut berhajat mendapatkan mesin pencetakan tiga dimensi (3D).

 

Sekiranya ada mesin 3D, Bee Leong mampu menghasilkan replika manusia untuk ditambah pada model feri ikonik miliknya.

88b27e01 c02c 44a1 9f6f 30069f635795

Difahamkan, kini Bee Leong juga sedang berusaha meyiapkan beberapa lagi feri ikonik dan feri baharu.

 

Bercakap mengenai perancangan masa hadapan, Bee Leong berharap agar ada pihak yang bermurah hati untuk menghulurkan dana bagi membuka dan menyewa ruang pameran.

 

“Kalau boleh, bawah tempat saya buat kerja, atas pameran, setiap kemasukan dikenakan bayaran berpatutan, itulah impian saya untuk mengembangkan karya seni ini,” katanya mengakhiri bicara.