LEE Rubber tutup sebulan awal

Admin
KETUA Menteri ketika membuat lawatan ke kilang LEE Rubber Co. Pte. Ltd. pada h a r i t e r a k h i r pengoperasiannya di sini baru-baru ini.
KETUA Menteri ketika membuat lawatan ke kilang
LEE Rubber Co. Pte. Ltd. pada hari terakhir pengoperasiannya di sini baru-baru ini.

PAYA TERUBONG – Penduduk sekitar Paya Terubong yang sebelum ini terpaksa menghidu bau asap kurang menyenangkan akibat aktiviti pemprosesan getah akhirnya menarik nafas lega apabila Syarikat LEE Rubber Co. Pte. Ltd. membuat keputusan untuk menutup operasi kilang mereka di sini pada 1 Mac lalu
ke Kelantan.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, kilang tersebut telah beroperasi sejak 40 tahun lalu dari Lebuh Noordin ke sini pada tahun 1970.

Malah, keadaan menjadi semakin teruk sejak beberapa tahun lalu sehinggakan Kerajaan Negeri menerima aduan secara berterusan daripada penduduk sekitar.

Selain bertulis, lisan dan emel, maklum balas juga diterima melalui laman  facebook Ketua Menteri.

“Setelah berbincang dengan Kerajaan Negeri, akhirnya pihak pengurusan kilang tersebut bersetuju untuk menghentikan operasi mereka di Paya Terubong dan berpindah ke tempat baru di Kelantan.

“Lanjutan itu, kami (Kerajaan Negeri) telah menerima surat daripada pihak syarikat terbabit pada 4 Ogos 2011 menyatakan bahawa pihaknya akan menghentikan operasi pada 1 April 2012. Namun, tarikh penutupan kilang telah diawalkan sebulan,” katanya ketika membuat lawatan pada hari terakhir pengoperasian kilang LEE Rubber Co. Pte. Ltd. sebelum ditutup secara rasminya di sini baru-baru ini.

Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Kesihatan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik, ADUN Paya Terubong, Yeoh Soon Hin serta beberapa orang barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Dalam pada itu, menurut Pengurus LEE Rubber Co. Pte. Ltd. Cawangan Pulau Pinang, Chew Chee Bing, setiap bulan, kilang tersebut akan memproses kira-kira 5,000 tan metrik Standard Malaysian Rubber (SMR) untuk dijadikan bahan-bahan mentah penting untuk dieksport ke Selatan Thailand dan Acheh, Sumatera.

LEE Rubber Co. Pte. Ltd. di kawasan pulau, Pulau Pinang merupakan kilang terbesar bagi memproses getah di Malaysia. Kini, episod kilang tersebut hanya tinggal sejarah buat rakyat negeri ini.