Lions Club Georgetown rayu bantu kanak-kanak sakit kronik

oleh: MARK JAMES

TANJUNG BUNGAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, The Yee Cheu memuji inisiatif Lions Club, Georgetown menyalurkan hasil kutipan derma awam bagi menampung kos perubatan seorang kanak-kanak mengidap sakit Acute Necrotizing Encephalopathy of Childhood (ANEC) yang dikaitkan dengan influenza A (H1N1).

“Kos terapi untuk pusingan pertama RM65,000 dan Lions Club Georgetown melakukan kutipan derma ini dan sikap murah hati ‘Dr. Tham’ telah menyumbang RM32,000 baki yang diperlukan oleh adik Yi Juin.

“Kita akan terus mendapatkan sumber-sumber sumbangan lain (bagi membantu) keluarga berkenaan,” ujar Yee Cheu selepas mendapat maklum balas daripada ibu Yi Juin di sini baru-baru ini.

Difahamkan, Dr. Lau Hee Sim bersama-sama rakan sekerjanya, “Dr. Tham” dari Switzerland yang mengendalikan kes Yi Juin turut serta dalam lawatan tersebut.

Manakala, Yee Cheu berkata, sesi kedua perubatan nanti Yi Juin dianggarkan memerlukan kos mencecah RM500,000.

Sebelum itu, ibu Yi Juin berkata, anaknya memerlukan perhatian 24 jam, hatta, mengakibatkan mereka sekeluarga berdepan dengan masalah kewangan.

Sumbangan ihsan boleh dibankkan melalui Public Bank, 315 471 8215 atau kiriman cek atas nama Lions

Club Georgetown di alamat PO Box 989, George Town. Info lanjut, hubungi Presiden Kelab Lion Georgetown, Jimmy Ong melalui talian 012-488 5538 atau emel, [email protected].