Lip Chee teruskan tradisi edar telur masin sempena Ramadan

Admin

GEORGE TOWN – Selalunya apabila tibanya bulan Ramadan, edaran buah kurma dan bubur lambuk menjadi kelaziman, namun, lain ceritanya bagi Exco Belia dan Sukan, Soon Lip Chee yang lari dari kebiasaan.

 

 

Menurut Lip Chee, tahun ini merupakan tahun keempat beliau mengedarkan telur masin Kuala Kurau kepada agensi-agensi kerajaan di Komtar apabila tibanya bulan Ramadan.

 

 

“Telur masin merupakan makanan yang amat popular ketika sahur (sebagai pembuka selera) dan tahun ini, sempena bulan Ramadan saya mengedarkan 7,500 biji telur masin,’ ujarnya ketika ditemui Buletin Mutiara di sini, petang ini.

 

SOON Lip Chee.

 

Terdahulu, Lip Chee hadir bersama-sama Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC), Dr. Gwee Sai Ling ke pejabat Buletin Mutiara bagi mengedarkan telur masin dan buah kurma.

 

 

Difahamkan, selain diedarkan kepada agensi-agensi kerajaan di Komtar dan pejabat media, Lip Chee turut mengedarkan telur masin di sekitar Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Bagan Jermal termasuk kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) setempat.

 

 

“(Edaran telur masin) ini telah menjadi tradisi dan selain telur masin, saya juga mengedarkan sayur-sayuran segar kepada penduduk lokal di KADUN Bagan Jermal bagi membantu mereka menangani (kenaikan) kos sara hidup,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal.

 

 

 

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI
Gambar : LAW SUUN TING & EXCO