Longkang baru atasi banjir

Admin

GEORGE TOWNHasil perbincangan lanjut membabitkan beberapa pihak, sebuah longkang besar bakal dibina sebagai langkah mengatasi masalah banjir dan denggi membabitkan 265 unit rumah di Kampung Pengkalan Weld baru-baru ini.

Inisiatif tersebut adalah has il per temuan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kota, Lau Keng Ee; Pejabat Daerah Timur Laut; Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan KomunitI (JKKK) Pengkalan Kota dan pemaju projek rumah kedai, Adat Makmur Sdn. Bhd..

Menurut Keng Ee, sebelum bermulanya projek rumah kedai di lokasi tersebut, tiada kejadian banjir dilaporkan.

“ Justeru , melaluI pengimplementasian projek ini, satu pelan tindakan harus dilakukan bagi mengelak kejadian tidak diinginI berlaku.

“Walaupun pihak MPPP datang membersihkan longkang-longkang di sini, namun, ianya tidak memadai bagi menampung kuantiti air yang banyak terutamanya pada hujan lebat,’’ jelas beliau. Keng Ee memberitahu, pelan baru projek berkenaan akan mengalirkan air terus ke longkang monsun berhampiran.

“ Pemajuakan mengemukakan pelan kepada MPPP secepat mungkin dan kelulusan bagi keseluruhan proses bakal memakan masa selama sebulan sebelum ia dilaksanakan.

“ Saya sendiri akan memantau perkembangan kelulusan projek ini dengan pihak MPPP,’’ ujarnya.