Louis Gan pelukis mural Gat. Lebuh Chulia

Admin

BERBAKAT... Kecacatan diri tidak sama sekali menghalang pelukis mural terkenal bermotifkan ‘abang dan adik di atas buaian’ serta ‘kanak-kanak bermain  bola keranjang’ di Gat. Lebuh Chulia untuk bergiat aktif dalam bidang dibakatinya.

Ekoran kesungguhannya, beliau, Louis Gan Yee Loong yang merupakan orang kurang upaya (OKU) penglihatan dan pendengaran telah mengadakan pameran solo bertemakan Lukisan Louis Gan bertempat di Lorong Kinta di sini baru-baru ini.

Pameran tersebut dirasmikan mantan Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Lydia Ong Kok Fooi.

Menurut adiknya, Gan Yee Chun, 20, Yee Loong banyak memperoleh inspirasi untuk melukis dan menghasilkan karya dengan keluar bersiar-siar di sekitar bandar George Town.

“Kebolehannya melukis memang telah terserlah sejak kecil,” ujarnya yang merupakan anak kelahiran Balik Pulau di sini.