LRT Laluan Mutiara ‘pecut’ pembangunan Pulau Pinang, Perdana Menteri beritahu Ketua Menteri

Admin
25c1a802 debe 4aef 9348 33d3e95483e7 (Dari kiri) LIM Guan Eng, Ketua Menteri, Perdana Menteri, Anthony Loke Siew Fook dan Bashir Ahmad Abdul Majid dalam acara gimik perasmian sempena majlis pecah tanah projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang di tapak cadangan pembinaan stesen Bandar Sri Pinang dekat sini 11 Januari 2025.

SUNGAI PINANG – Selepas penantian rakyat Pulau Pinang kira-kira lebih 10 tahun, Perdana Menteri, Y.A.B. Datuk Seri Utama Anwar Ibrahim hari ini merasmikan majlis pecah tanah projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang di tapak cadangan pembinaan stesen Bandar Sri Pinang dekat sini 11 Januari 2025.

1e2b11b9 fe0d 4dd0 911f 1ad7a6fcd7af
ANWAR Ibrahim dalam ucapannya antara lain memuji kesungguhan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak lebih 10 tahun lepas dalam usaha merealisasikan projek pembinaan ‘jajaran sulung’ LRT Laluan Mutiara di negeri ini.

Menteri Kewangan itu berkata bahawa pentadbirannya akan terus memecut pertumbuhan infrastruktur pembangunan negara termasuk negeri Pulau Pinang, sungguhpun diasak dek isu-isu remeh oleh pihak pembangkang.

“Fahaman sempit, soal kaum, soal daerah, soal negeri, hempas-pulas mempertahan penyelewengan, pertahankan pemborosan dan rasuah-rasuah besar (yang mana) ini semua tidak akan membantu negara kita.

“Kita ada negara dan negara ini adalah negara hukum, ikut jalur hukum dan jaga negara kita.

“Walaupun kita bercakap soal (majlis pecah tanah projek) LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, saya nak beritahu di sini (bahawa) kita tidak dapat lari daripada kerangka dasar yang sama yang mana kita (Kerajaan Persekutuan) percaya bahawa kita perlu mempertahankan pecutan (pembangunan infrastruktur yang diperlukan rakyat) ini,” jelasnya yang juga Ahli Parlimen Tambun, Perak.

Di samping itu, beliau berharap Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp.) iaitu syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan) yang diberi mandat untuk menyiapkan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dapat mengikut jadual pembangunan serta memenuhi ekspektasi rakyat khususnya penduduk tempatan.

dd3943df 9cbf 42e7 8204 e2b3893e76ed
KETUA Menteri berkata dalam tempoh lebih 10 tahun ini sebenarnya Kerajaan Negeri hampir putus asa dalam mencari jalan untuk melaksanakan projek LRT Laluan Mutiara, sehinggalah dipermudah oleh Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Berucap sebelum itu, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata bahawa pentadbirannya berharap Pulau Pinang akan terus menjadi Konurbasi Utara Semenanjung Malaysia yang mana berperanan sebagai enjin utama dalam pembangunan negara.

“Pulau Pinang sebagai Konurbasi Utara berperanan sebagai enjin utama dalam pembangunan negara manakala bandar-bandar di dalam zon promosi pembangunan dan pusat katalis mempunyai fungsi serta potensi tersendiri dalam menjana ekonomi penduduk setempat.

“Malah, Pulau Pinang sudah diketahui umum menjadi kawasan tarikan utama penduduk dalam negara termasuk penduduk dari Kedah dan Perak.

“Maka, infrastruktur setimpal termasuk pengangkutan awam yang mampan adalah wajib disediakan untuk perkasakan lagi pembangunan ekonomi negeri,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan.

Menurut Exco Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi itu lagi, pentadbirannya berharap Kerajaan Persekutuan dapat mempermudah proses kelulusan beberapa cadangan mod pengangkutan awam moden lain sebagaimana disyor dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP), selepas projek LRT Laluan Mutiara ini siap dan beroperasi kelak.

“Laluan Mutiara merupakan pembangunan sistem aliran ringan berasaskan rel yang pertama, dan akan membentuk ‘tulang belakang’ pengangkutan awam mampan di Pulau Pinang melalui pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang,” ujarnya.

978412b8 ca23 41ff 93a6 76a28dca9c89
ANTHONY Loke Siew Fook

Manakala Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook pula menyatakan bahawa pihaknya berharap projek pembinaan ‘jajaran sulung’ LRT Laluan Mutiara sepanjang 29.5 kilometer (km) merangkumi 21 stesen di lokasi-lokasi strategik termasuk Silicon Island akan meningkatkan ketersambungan dengan tren elektrik (ETS) dan terminal bas pengantara di stesen LRT dekat Penang Sentral, Butterworth.

“(Majlis pecah tanah projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang ini) mencerminkan komitmen Kerajaan untuk memastikan projek yang dibangunkan ini selaras dengan keperluan rakyat.

“Salah satu penambahbaikan utama bagi Projek LRT Laluan Mutiara ini adalah sambungan stesen terminus dari Komtar ke Penang Sentral, meningkatkan kesalinghubungan penduduk di kedua-dua belah selat Pulau Pinang.

“Menerusi sambungan ke Penang Sentral, penumpang akan mendapat akses mudah ke perkhidmatan ETS dan KTM Komuter di Butterworth,” ulasnya yang juga Ahli Parlimen Seremban, Negeri Sembilan.

8dfda476 a45f 415a 865e d7ac6263c28fHadir sama, mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Pengerusi MRT Corp., Tan Sri Dr. Bashir Ahmad Abdul Majid; Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid; Timbalan Ketua Menteri II, Jagdeep Singh Deo; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Zulkifli Long; dan barisan Exco Kerajaan Negeri.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : MUHAMAD AMIR IRSYAD OMAR
Video : SITI NURATIKAH RAHMAT