Luaskan konsumerisme produk hijau di negeri

Admin

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri akan meluaskan penggunaan ‘produk hijau’ di negeri berkenaan.

“Contohnya kalau nak dapat projek dari Kerajaan Negeri, kita juga akan mengambil kira mana-mana syarikat yang mampu menawarkan produk atau hasil kerja yang membantu ke arah kehijauan,” ujar beliaupada majlis sidang media di Komtar baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih itu berkata, Kerajaan Negeri melalui Majlis Hijau Pulau Pinang (PGC) akan terus menggiatkan kempen kehijauan seperti penggunaan kertas hasil kitar semula serta dakwat berasaskan sumber soya.

Dalam perkembangan lain, Guan Eng menasihati Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya meningkatkan rondaan cegah jenayah di negeri berkenaan.

Ini kerana, katanya, kadar jenayah negeri sejak awal  tahun ini difahamkan menunjukkan peningkatan.

Justeru, kata Guan Eng, Pulau Pinang wajar terus dilihat sebagai negeri yang berjaya menurunkan indeks jenayah seperti sebelum.