Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
PERMATANG PAUH – Serentak di seluruh negeri, Pulau Pinang menyaksikan demontrasi aman anti Lynas di perkarangan Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh sejurus selepas solat fardhu Jumaat di sini baru-baru ini.
Hampir 50 aktivis berhimpun di bahu jalan utama, tidak termasuk hampir 300 ahli jemaah karyah serta lori serba hijau yang dijadikan sebagai anjung bantahan.
Mereka melaungkan, “anti Lynas, anti UMNO”, “Allahu Akbar”, Solidariti Hijau Semalaysia Hentikan Lynas.”
Yang Dipertua PAS Kawasan Permatang Pauh, Omar Hassan menyeru rakyat supaya menghukum kepemimpinan UMNO Barisan Nasional kerana menolak protes rakyat di bumi Gebeng, Kuantan, Pahang.
“Bantahan kita (rakyat) ini berasas, bukan sekadar selamatkan orang-orang PAS, tapi orang UMNO dan
rakyat Malaysia… Lynas dan UMNO ini ‘bahaya dua serangkai’,” ujarnya ketika ditemui di lokasi.
Turut hadir, beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO).