BERAPIT – Acara seni dan budaya, Macam-Macam Berait Pro! kembali lagi dengan penganjuran yang lebih meriah pada 9 Disember lalu bertempat di tempat letak kereta Pasar Awam Kampung Baru, di sini.
Selain persembahan seni tempatan, acara tersebut turut menghimpunkan pelbagai persembahan kebudayaan dan kesenian menarik dari beberapa negara seperti Mexico, Itali dan Sepanyol.
Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong ketika merasmikan acara tersebut menyatakan bahawa Bukit Mertajam wajar dijadikan sebagai pusat kebudayaan, seni dan muzik berikut terdapat ramai bakat seni yang ada di kawasan tersebut.
Katanya, penduduk tempatan sebelum ini juga telah menganjurkan Program Pesta Seni dan Kebudayaan Bukit Mertajam pada setiap tahun yang dilihat berpotensi untuk mempromosikan masyarakat Pulau Pinang yang majmuk dan persatu padu.
“Selain acara Macam-Macam Berapit yang dianjurkan di Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Berapit, turut diadakan adalah Karnival Rakyat Machang Bubuk yang mendapat sokongan penuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan tersebut, YB Lee Khai Loon.
“Malah, ADUN Padang Lalang, Danial Gooi Zi Sen turut berhasrat untuk menganjurkan aktiviti seumpama ini pada peringkat antarabangsa yang bakal menggabungkan budaya, seni dan muzik di KADUN beliau pada tahun depan,” katanya.
Hadir sama, ADUN Berapit, Heng Lee; ADUN Padang Lalang yang juga Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen sertwa wakil daripada TLM Event.
Sementara itu, Lee Lee memberitahu bahawa “Macam-macam Berapit” telah diadakan di Pasar Awam Berapit pada Julai lalu dan “Macam-macam Berapit Pro” pula merupakan acara sama yang telah dinaik taraf ke peringkat antarabangsa.
Oleh : SUNARTI YUSOFF
Gambar : ADUN