MAINPP lantik Sazali Hussein Pemangku CEO ZPP

Admin

GEORGE TOWN – Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Dato’
Sazali Hussein diumumkan sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Zakat
Pulau Pinang (ZPP).

Lantikan tersebut diumumkan Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Abdul Malik Abul Kassim pada satu sidang media di Dewan Undangan
Negeri (DUN) di sini baru-baru ini.

“Perkara tersebut diputuskan dalam satu mesyuarat khas antara Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) sebagai badan induk ZPP pada 15 Mei lalu.

“Lembaga Pengarah ZPP juga telah mengadakan mesyuarat bagi memastikan pentadbiran
badan tersebut berjalan lancar, khususnya pada bulan Ramadan, iaitu bulan paling sibuk dengan aktiviti kutipan serta agihan kepada asnaf,” katanya.

Turut hadir, Yang di-Pertua MAINPP, Dato’ Mohd. Salleh Man.