MAINPP, PERDA kerjasama bangunkan projek RMM di tanah wakaf Bayan Lepas

0ccb9953 a14f 4bc5 b41c 910e033897d0

TELUK BAHANG – Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Wakaf MAINPP) dan Perda Ventures Incorporated Sdn. Bhd. (PVISB) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi membangunkan tanah wakaf di Lot 60 Mukim 11, Bayan Lepas.

MoU tersebut bakal melibatkan pembangunan sejumlah 510 unit rumah mampu milik (RMM) dan 12 unit komersial bernilai RM170.1 juta atas tanah berkeluasan satu hektar.

Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid berkata projek usaha sama itu dijangka memberi pulangan kepada Wakaf MAINPP sebanyak RM19 juta.

“Projek ini telah mendapat kelulusan Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah Wakaf MAINPP pada 13 Ogos tahun lalu.

“Ia dijangka membawa pulangan sebanyak RM19 juta untuk mengembangkan aset dan kelestarian hartanah Wakaf MAINPP.

“Serentak dengan ini, projek ini dijangka memaksimumkan potensi tanah wakaf sebagai aset produktif yang memberi impak positif kepada pembangunan sosioekonomi”, katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Secara Usahasama Projek Pembangunan Tanah Wakaf dekat sini pada 18 Januari lalu.

img 6982

Majlis pemetraian MoU tersebut disaksikan oleh Timbalan Perdana Meteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Wakaf MAINPP diwakili oleh Setiausaha MAINPP, Dato’ Rosidi Hussain dan Ketua Pegawai Eksekutif Wakaf MAINPP, Abdul Mohsein Mohd. Shariff manakala Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) Datuk Mohd. Asri Baharum dan Ketua Pegawai Eksekutif PVISB, mewakili anak syarikat PERDA.

Difahamkan, tanah wakaf tersebut adalah pemberian Allahyarham Putteh Masseh tahun 1948 dan didaftarkan kepada MAINPP pada 20 Mei 1994.

Teks & Gambar : WATAWA NATAF ZULKIFLI