Majlis santapan malam bersama-sama TYT dan Raja Perlis

Admin
32181c31 5473 4503 967a 23b0f7ef23b1 RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Permaisuri dan sekalian pembesar negeri dalam majlis santapan malam di Seri Mutiara di sini pada 20 November 2024.

GEORGE TOWN – Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang (TYT), Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak menerima kunjungan hormat dan keberangkatan tiba Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Permaisuri, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid di kediaman rasmi Seri Mutiara di sini pada 20 November 2024.

Berangkat sama, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama-sama puterinya, Yang Amat Mulia Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

544f52dd ce59 4bc2 b93f ef83bbe92506
RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (kanan sekali) dan Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak (dua dari kanan) saling berbual sambil diperhatikan oleh Raja Muda Perlis (tiga dari kanan), Ketua Menteri (dua dari kiri) dan Mohamad Abdul Hamid (kiri sekali) di Seri Mutiara pada malam ini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow serta isteri, YBhg. Puan Tan Lean Kee; Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid serta isteri; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Zulkifli Long serta isteri dan Mufti Negeri Perlis, Datuk Arif Perkasa Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin turut sertai majlis tersebut.

Difahamkan, semalam Tuanku Syed Sirajuddin yang juga Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) bertitah serta menyempurna acara perasmian Istiadat Konvokesyen Ke-62 USM di sini.

Sempena keberangkatan tiba dan mencemar duli ke negeri Pulau Pinang ini, baginda Tuanku Raja Perlis berkenan memenuhi jemputan Tun Ahmad Fuzi untuk menyertai majlis santapan malam di Seri Mutiara.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI