BALIK PULAU – Mangsa demonstrasi aman Bersih 2.0, Roslan Rahim @ Hussain memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM10,000 bagi membolehkan beliau menjalani pembedahan rahang.
Beliau yang cedera ekoran terkena kelongsong peluru pemedih mata sebelum ini telah menerima 10 jahitan di bahagian dalam mulut manakala 10 jahitan lagi di bahagian luar bahagian yang sama.
Bersimpati dengan kecederaan yang dialami, Ketua Menteri bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyumbangkan sumbangan bernilai RM1,000 bagi meringankan beban ditanggung.
Roslan ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Menteri di Masjid Sungai Burung baru-baru ini amat berterima kasih dengan pemberian berkenaan.