Mangsa ribut Mak Mandin terima sumbangan

Oleh: MOHD. HAFIZ TAJUDIN

BAGAN JERMAL – Bagi meringankan beban mangsa-mangsa bencana ribut di Mak Mandin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal, Lim Hock Seng turun padang menyampaikan sendiri sumbangan kepada mereka terlibat di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau yang juga Exco Kerja Raya, Utiliti (Tenaga, Air, Telekom), Pengangkutan (Udara, Laut dan Keretapi) turut melahirkan rasa simpati di atas kejadian yang menimpa para penduduk terlibat.

Katanya, sebanyak 32 buah rumah yang terjejas iaitu membabitkan 17 unit di Bagan Jermal dan Sungai Puyu (15).

“Bantuan yang disampaikan itu adalah selepas taksiran penuh dilaksanakan dan lebih RM10,000 telah diperuntukkan bagi memperbaiki kerosakan dialami.

“Sumbangan tersebut adalah membabitkan dua sumber utama, iaitu Tabung Bencana Tuan Yang Terutama (TYT) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),’’ jelas beliau.

LIM Hock Seng (10 dari kanan) bergambar bersama-sama penerima sumbangan mangsa ribut di Mak Mandin di sini barubaru ini.
LIM Hock Seng (10 dari kanan)
bergambar bersama-sama
penerima sumbangan mangsa
ribut di Mak Mandin di sini barubaru
ini.